Saturday 16 November 2013

Resepi baru : bunga kertas bersalut telur

Assalammualaikum

Hai gorgeous2 sekalian..Macam hari ni..Dah makan ke belum..Sehat x..=P
Hari ni Chef Azee nak tunjuk resipi baru n terbaikkkkkkkkkkk punya..
Jum kita terjah..
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaa

Ini lah resepi baru yang diberi nama telur dadar bersalut bunga kertas, eh bukan, bunga kertas bersalut telur dadar..x kisah lah ape nama nya..

Resepinya adalah..
Beberapa kuntum bunga kertas..x yah beli mahal2, petik pokok bunga mak je..
Beberapa biji telur ayam..sukati la nak letak berapa..
Gaul2 bersama dan goreng macam biasa...
Muahahahaha
Alkisahnya, hari tu aku n budak class pergi trip dekat taman herba seremban..
Sampai2 sana je, kitorang dilayan sngt baik...Baik2 betul staff sana..Dorang mula2 hidangkan kiteorang air teh herba..Dan selepas tu, muncul lah berpiring2 telur dadar bersalut sesuatu [x tau ag bunga kertas rupanya]..Panas2 okay..Bau telur tu serius mencucuk2 hidung aku ni..

Bila dah makan sikit, dok kuis2 telur tu,,tengok yaah itu adalah bunga kertas..bunga yang aku dulu selalu main masak2 time kocik2..Curik bunga mak..Dah mkn separuh jalan, xyah pikir ape..Makan je lah dgn lahapnya..siap mintak meja sebelah punya ag y dorg x abis tu..Muahahaha

After makan, staff situ bagi la taklimat sikit pasal taman herba dia..Dia asyik cakap pasal pokok belalai gajah..Banyak sgt khasiatnya..
N then dia tanya la " Sedap x telur tadi, goreng dengan daun belalai gajah tu "

Kiteorg pon jawab " Eh, tadi tu bunga kertas.. Bukan pokok belalai gajah" 

Staff tu cakap " Saya rasa sy bg arahan suruh goreng dengan belalai gajah..Salah dengar la tu" sambil tersenyum...

ERkkkkkkkkkkkkkkk...Salah arahan?????
Okay fine, sebenarnya boleh mkn ke x bunga kertas tu...Tetibe kembang tekakk...Uwekss

saje nak tepek gambar ni..
banyaknye bunga  ^_^



Sunday 10 November 2013

11 painful things



Salam Ahad..

sumber google

Semoga hari2 kita lebih ceria..Dont give up
Cheer up..

Saturday 9 November 2013

Apabila pekerja di Body Shop Mines Annoying

Assalamualaikum...

Ini kisah lama, tapi x de la lama sangat,,adalah dalam minggu lepas. Aku ni memang lah pelanggan setia body shop. Sampai kan nanti hantaran aku pon,aku nak satu set body shop. Sebab aku bukan boleh pakai minyak wangi lain pon, cepat pening. Aku HANYA boleh pakai perfume yang bau rose y dijual di BODY SHOP sahaja. Sapa yang nak bagi aku hadiah, aku dah bagi hint dah ni. Eh2, ade ke..^-^

Nak dijadikan cerita, haritu body shop ada buat sale, lama jugak la dalam seminggu.. First day aku pergi, aku x beli ape2 pon. Sebab aku pikir, okay lama lagi. Nanti2 lah. Lepas tu aku pergi lagi nak beli perfume and body butter. Dua2 tu ada sale 5O%.

Dah siap pergi keluar duit bagai, aku pon masuk la body shop dengan muka excited. Tanya kat pekerja tu, saya nak cari perfume ni ni ni, ada 5O% kan. Sebab aku tengok dekat depan tempat sale tu macam x de ape yang aku cari. So,try lah tanya dengan muka manis, suara yang lembut. Uhh
Dia dengan muka annoying dan suara y menyakitkan gegendang telinga aku pon jawab, "Ha, dah tau ade sale, datang lambat buat ape. Semua orang dah rembat la. Ni ada yang 1O%. Alang2 nak cari kan, ambik je la"
Aku pon dgn innocent pon jawab "Saya x nak y perfume jenis ni, sy nak cari y 5O% tu. Dah habis ye"
Dan dia dengan muka y sgt berlagak " Ada yang 5O% ,tapi perfume lain. Nak sangat kan 5O% kan, ha ambik la perfume tu. Saya x jamin awak suka..Nak sgt 5O% kan,,"

Hati aku dah panas membara dah. Nak nangis pon ada..Tak boleh ke dia cakap elok2,dengan senyuman yang manis ckp "dah abis la cik. Maaf ye. Mungkin tempat lain ada lagi kot. Cuba try." Kan ke elok. Tak rugi pon. Dah membuatkan aku x nak pergi body shop Mines tu dah. Keluar kedai pon muka masam mencuka, siap nak jerit lagi.




Lirik Lagu Sandiwara Cinta-Republik


Sandiwara cinta

Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

p/s: Layan~~~~~

Friday 19 April 2013

Blog Bertukar Wajah..

Assalamualaikum....

Hai Hai..Perasan x ape yang lain dekat sini....Comel x kak Ton  , eh silap..Comel x blog aku???? =D
Tapi mesti lah bukan aku yang edit. Dengan idea yang kayu macam aku ni, boleh stress bab edit2 camni..
Tambah kena main dengan kod kod bagai yang  boleh buat mata aku pusing pusing tanpa henti, baik aku suruh orang tolong edit kan.. Senang kerja aku..Hihi..

Godek2 pakcik google kesayangan aku, terjumpa lah satu blog ni yang sediakan perkhidmatan mengedit blog. Harga mestilah aku tengok no 1, agak2 aku mampu, haa jalan..

Adik Comel ni lah yang mengeditkan blog aku ni..
Mana tau ada sapa2 nak edit blog ke,,meh tempah kat aku..kompem2,setahun pon belum tentu siap..=P
Jom la terjah Adik Comel ni, kot2 nak tempah ke..
Aku punya full edited RM15 ringgit, campur header sekali..
Yang penting, aku puas hati. Dekat header pon dah x letak gambar sedepek muka aku..Malu pulak letak gambar sendiri..kihkihkih


Friday 12 April 2013

First Time Masak Laksa..

Assalamualaikum

Rasanya macam dah lama x rajin menjenguk blog2 kawan2 yang aku sayanggggg sangat sangat..Hehe
Lagi 3 hari broadband yes terchenta aku ni dah nak expired contract. So,automatik akan bertukar jadi prepaid.Macam x rajin nak topup menopup. Lepas ni,terpaksa lah aku mengonline guna line yang di 'hadiahkan' UPM kepada student2 yang sangat memerlukan macam aku ni. Cuma boleh tak tolong pasangkan sebijik modem wifi tu kat bilik aku. Balasannya aku akan cuba jadi pelajar yang cemerlang dan terbilang. HehHeh

Dan buat pertama kali nya dalam hidup aku selama 21 tahun berapa bulan ntah x pasti, aku masak laksa weyhh.. Sendiri okay, tanpa bantuan sesiapa, emm cuma resepi mak aku la. Ngeee..Yeahh,,aku sangat bangga dengan diri aku, terima kasih mak abah yang telah bagi sokongan dan dorongan, x lupa kawan2 yang sudi support aku jugak, dan semua lah yang terlibat..sambil lap air mata ngn hingus yang meleleh, sob sob..
Muahahaha

Inilah hasilnya..


Nampak tak apa yang ganjil kat laksa tu..Kehilangan telur kuning..Ni sebenarnya aku hidang tuk mak aku. Baru terpikir nak tangkap gambar. Aku dah makan awal2 dah, kebulur okay..Disebabkan aku x makan telur putih tu, so aku amik alternatif lain dengan curik kesemua telur2 kuning je, Dan tinggallah telur putih berlubang x de yang kuning..Sian mak aku makan putih telur je..Mintak ampun mak!! hihihi

Dan ini adalah first entry aku masak memasak, aku x kira, nak jugak letak resepi walaupun semua orang mesti dah tau kan. Ahh, x kisah la, aku punya suka lah..^^

Bahan A
Segenggam cili kering
2 biji bawang besar
Seinci Belacan

Bahan B
6 ekor ikan kembung direbus,asingkan tulang dan isi [Sebab aku guna 6 ekor je tadi..Hee]

Okay, Bahan A tu kisar ye lumat2..Disebabkan aku ni memang x suka langsung kalau dalam kuah laksa tu ada biji cili kering dengan serpihan2 cili yang x hancur tu, jadi aku pon blend lama2..Sebijik biji cili n serpihan2 cili x hancur tu memang x ade langsung..Halus,mulus macam muka aku..Jangan lempang laju2 ye..=D
Seronok je makan xyah asing2kan..Haha

Untuk bahan B pulak blendkan isi ikan..Ketepikan..Ha, pastu aku blend pulak tulang ikan,lumat2. Pastu tapis okay. Kang ada jugak mati tercekik tertanam tulang ikan dalam perut.. Blend bahan B tu, guna la air rebusan ikan tadi.

Dah habis kerja blend memblend, campurkan bahan A n B dalam kuali, eh silap periuk..maafla,aku kompius nama 2 benda nih..=P
Pastu masak la atas api..tambah la air ikut suka kawlah, bubuh 3 keping asam keping,daun kesum,bunga kantan,garam,mak aji..
Tadaa,,dah siap kuah..Yipiii..
Tinggal rebus mee laksa je dan boleh la mencekikkkkk!!
Aep, baca bismillah dulu okeys...

Aku nak cakap yang sedap.....Kihkihkih....^^


p/s: Tunggu kemunculan wajah baru blog aku nanti..=)

Wednesday 10 April 2013

Punca Aku Fobia Dengan Kayak


Kayak??? Bagi orang yang belum pernah atau pun mungkin dah pernah naik kayak, n enjoy that moment, aku pasti mesti "Wah, bestnya berkayak". Oh, tapi tidak bagi aku. Last aku naik kayak time aku tingkatan 4,  and aku akan make sure itu adalah kali pertama dan kali terakhir aku naik kayak yang sangat "annoying" tuh.

Waktu tu aku telah terpilih dengan paksa relanya pergi kem wilderness dekat langkawi. Tapi seriously memang sangat best kem tuh. Dekat situ jugak lah bermulanya sejarah aku dan kayak.

Di keheningan pagi yang indah, kiteorang mula aktiviti dengan berkayak keliling pulau2. Tapi, sebelum berkayak, ujian kene ditempuh dulu. Oh, mengada sungguh la nak ujian2..Tapi penting tuh, mana tau jadi ape2 ke time tengah syok2 dok mendayung2..

Time mula2 naik kayak, fuh eksited sambil nyanyi 
"Dayung sampan,dayung, dayung sampan,Dayung mendayung sampan sampai ke singapura, 
Dayung,dayung. hoi"
Okay encik partner di belakang, tutup telinga.
Encik fasi tuk kumpulan aku pun suruh la kiteorang bersiar2 dulu sampai ke tengah sikit dari tepi pantai..
Bila dah smpai tengah encik fasi pon cakap, "okay semua, kaki sebelah kanan letak keluar bagi cecah air, tangan kiri pegang sisi kayak korang. Bila saya cakap 1, 2,3, tarik kayak tu"
Dan, kecepurrrr!!!!!


Aku bukak mata, aku di lautan nan luas, ahh indahnya permandangan, sejuknyaaaa~~~
Tapi kenapa kaki aku x jejak tanah..
Tolonggg, tolong,,aku lemas,,Tolong...
"Hoi, baju pelampung tu amende"
Hehehehe,,relax la encik partner, aku punya water confident ni zero..= ='

Kami pun dibiarkan terkontang kanting di tengah lautan yang sangat menakutkan aku..huhu.. Tugasan yang diberi, pandai pandai la naik balik kayak dan jumpa kat tepi pantai...daaaa..
Aku tengok kiri kanan, ahli2 kumpulan aku yang lain semua tengah bertungkus lumus terbalikkan balik kayak tu. Aku pun x nak melepaskan peluang. Hampir 3 kali cubaan dengan hadiah minum air masin free ikot mulut, ikot hidung, dapat jugak kayak aku dibetulkan ke kedudukan asal. Tinggal nak naik je..

Encik partner dah selamat naik atas kayak. Giliran aku pulak.
Cubaan pertama gagal, cubaan kedua gagal, cubaan ketiga gagal, cubaan keempat gagal dan cubaan2 seterusnya GAGAL.


Aku cuba dan terus cuba untuk naik kayak. Muka aku pucat, kepala pon dah berpinar, tekak loya tinggal nak di keluarkan je. Seriously sangat2 penat. Encik partner pon bukan nak tolong aku naik, lagi membuatkan aku rasa nak terbalikkan balik je kayak tu..Hoho
Hampir 2O minit berlalu, encik fasi pon datang tanya kenapa. Sebab, ya, tinggal kayak aku je masih berada di tengah lautan. Baru perasan, semua dah blah..Ergghh..

Sinar harapan aku tinggi bile encik fasi ada, Boleh la die tolong tarik aku naik atas kayak. Semangat aku pon datang balik. Tapi, ingatkan panas sampai kepetang , rupanya hujan di tengah hari..


Sampai ke sekarang aku masih x faham,,
Kenapa encik fasi, kenapa..kenapa kau biarkan seorang gadis yang lemah lembut, ayu uwekss,,menjadi seekor koala yang sedang tidur di hujung kayak tersebut. Kenapa tak kau tarik je aku naik atas kayak tu, ataupun kau biarkan saja aku di tengah lautan menunggu putera idaman datang selamatkan aku wahai encik fasi. 

Ketibaan seekor koala sesat  ke tepi pantai di sambut dengan sorakan yang gemuruh.Maluuuuuu woo..Jatuh saham aku..
Ikutkan hati, nak je aku buat buat pengsan..hahaha
Selepas ujian tuh, baru lah kiteorang semua berkayak keliling pulau2, dan aku berkayak dengan sangat berhati2 bagi x terbalik..^^

Dan, itulah puncanya aku x nak naik kayak lagi dah. Sangat sangat serik..Dah la penat berkayak tuh..
Aku nak naik cruise je lah..=D...

Sunday 31 March 2013

Permainan Tilik Menilik Tangan

Assalamualaikum

Siapa pernah main mainan tilik tilik tangan untuk tahu berapa orang anak dan umur berapa kita kahwin..
X silap aku dulu time sekolah2 menengah,,famous kot benda ni..X de benda nak buat duduk asrama, sibuk main benda alah ni..Tapi time dulu dulu main tilik anak je, minggu lepas baru aku try yang tilik umur berapa kawin tu..haha

Nak cuba??? Tapi ini sekadar suka suka sahaja ye..Sila jangan percaya sangat lah.. Kang jadi khurafat pulak..hoho

Berapa Jumlah Anak

Material yang diperlukan:
1. Rantai Emas
2. Cincin Emas

Masukkan cincin emas tu dekat rantai, jadi macam ala ala loket lah..Ni suruh kawan tolong buatkan eh..Tak boleh nak wat sendiri..Tapi make sure kawan tu x de pakinson..haha..Kawan pegang hujung rantai letak cincin tu atas tapak tangan korang..then buat macam celup celup rantai tu kat atas tapak tangan ,pastu angkat rantai tu, jangan bagi cincin cecah tapak tangan korang..Tapi jangan tinggi sangat pulak. Stay n tunggu sampai lah cincin n rantai tu bergerak sendiri..Bukan tangan kawan yang gerakkan taw..Ada 2 kemungkinan, samada cincin+rantai tu bergerak secara bulatan ataupun memanjang..Kalau bulat maksudnye gegurlll..Kalau memanjang maksudnya boboiii..
Excited taw main ni..hihihi

Selepas tu, ulang balik step yang celup2 tu n tengok bergerak bulat atau memanjang untuk tahu anak kedua pulak..Ulang lagi smpai la rantai tu dah x bergerak..Means kalau 4 kali ulang step, Empat empat bergerak bulat atau memanjang, maksudnya anak korang 4 la..

Haa,,boleh la fikir nama anak dah ye..
Sapa nak tahu apa hasil keputusan aku buat..=D
Jawapannya,,,, dari first x bergerak gerak pon, bulat pon x, memanjang pon x..
bagai menunggu bulan jatuh ke riba,,x jugak gerak2 cincin tu..
maksudnya??
Huh,,okay,,aku memang x percaya permainan ni..merepekk..hehe

Umur berapa kahwin

Material yang diperlukan:
1. Cincin Emas
2. Benang
3. Gelas

Sama macam dekat atas, masukkan cincin emas dalam benang wat ala ala loket jugak. Ha, yang ni wat sendiri2 ye, x yah bantuan kawan pon x pe.. Pegang hujung benang tu, biarkan cincin tadi terletak dekat tengah2 gelas tu. Make sure cincin tu kat tengah2 taw, jangan cecah lantai gelas tu pulak..Before that, sila tutup kipas..Mempengaruhi result pulak nanti..huhu

Stay je tangan korang tunggu cincin tu bergerak2 sampai berlaga dengan gelas. Setiap kali bunyi "ting" [berlaga dengan gelas] kira sekali. Berlaga lagi, kira 2 kali..Sampai la cincin tu stop, x bergerak dah..Berapa kali berlaga tu, tu la keputusannya..contoh 3O kali bunyi ting, umur 3O la kawin..haha
Merepek x???? hihihi

Keputusan aku,,cuba teka,,hihihi
23 kali berlaga maksudnya,, umur 23 aku kawin..hahahahaha..yang penting aku eksitedddd sebab aku yang paling awal,kawan2 aku buat semua 25,24..lalalalala~~~

Setakat ini sahaja lah permainan merepek yang aku ajar korang..Saja main untuk suka2..=D




Tuesday 26 March 2013

Lunch Dengan Mangga Muda


Haa,,terliur taw,,sape tengah kecur air liur angkat tangan..
Ke aku sorang yang kalau tengok benda masam masam ni kecur air liur..
Semalam pegi pasar malam, jalan2 tempat buah tu terjumpa pulak mangga masam ni..
Memang terus stop, x pandang kiri kanan dah..
Bukan senang nak jumpa..
Pelam yang kaler kuning manis manis tu banyak la jual, tapi x minat.
Yang masam jugak kene ngan anak tekak..^^ 

Pekena dengan kicap+garam+gula+belacan+cili..Sepuluh bijik hadap sorang boleh pon habis..
Lunch aku pada hari ini..
Haish,,patut lah lemah daya ingatan..yang tak elok, semua sedap..
Tapi x pelah,sekali sekala,,dimaafkan..^^



Saturday 9 March 2013

BB1M beli hard disk sebijik!

Assalammualaikum..

Wahai mahasiswa mahasiswi, dah ambik belum hadiah kerajaan bagi tuk kita..Aku hari kedua dah ambik dah baucer buku 1 Malaysia tu. Almaklumlah, aku memang jenis semangat sikit, sanggup la beratur panjang xpe, janji puas hati sebab baucer RM250 telah berada dalam genggaman aku..muahahaha

Sebelum dapat, aku memang dah berangan angan dah nak menghabiskan baucer buku aku ni dekat Popular, diatas sebab sebab ini..
Tapi, bile aku dapat tau yang sebenarnya, ada syarat tuk guna baucer buku dekat popular (80%-buku , 20%-alat tulis) , okay fine, CANCEL..Sebab tujuan aku nak beli hard disk sebenarnya..Bila dah ade syarat macam tu, x dapat la aku cekau hard disk satu dekat Popular..sob sob..

Aku tetap x puas hati, aku nak jugak hard disk, nak jugak!!!!
Search punye search, aku pun dapat tau yang boleh guna baucer buku dekat Pc fair..
Hati aku sangat berbunga bunga..Kebetulan Pc fair kat UPM dah start dekat UPM.

Dan akhirnya, aku telah memiliki sebuah hard disk yang selama ni aku x pernah ade pun sebijikkk..
Orang lain semua dah siap ada dua tiga collection, aku baru nak ade..huhuhu


Tadaaaa,, hard disk yang bernilai RM199 ringgit plus mouse jugak yang bernilai RM49 ringgit.. First time beli mouse mahal..uuuuuu.. Cadang nak beli printer sebijik share ngn kawan2, tapi disebabkan keannoyingan abang printer tu n sangat leceh, x kuasa aku nak beli..+___+






Friday 1 March 2013

Moroccan Rose by Body Shop

Assalamualaikum..

Lama pulak rasa tuan tanah x menjengah blog diatas sebab2 yang x dapat dielakkan..
Bergelar seorang pelajar ni sangat banyak tanggungjawab nye..
Ohh,,poyooooo nye..heehee

Tadi pagi pegi kelas, sembur minyak wangi dah x berapa nak keluar..
Ala, isi dah tinggal sikit..Terpaksa la shopping yang baru pulak lepas ni..Tapi,zaman bile x tau la pulak nak g beli tu..hii

Sekarang aku pakai perfume Moroccan Rose dekat body shop.. First time aku melabur duit dekat body shop..RM79.9O,,huhuhu..Selalu aku pegi main sembur2 yang tester je dekat body shop tu..Tibe2 sem lepas, grab satu sebab dah falling in love sangat siap ade love2 lagik kat bijik mata..


Wangi la..Aku suka sangat2..Sebab feeling2 rose gitu..ngee
Tapi cepat habis, sebabbbbb....aku sembur kat ruang tamu,dalam loker,katil,meja belajar....Hohoho

Actually aku kalau dulu2 pakai minyak wangi, sekejap je dah pening.. Kalau vanilla, memang aku dah x boleh pakai dah.. Sebab dulu aku dah penah pakai sekejap, and pening dia sampai sekarang x hilang lagi..Jadi sesiapa yang pakai perfume vanilla, stay away from me..hihihi..


Wednesday 20 February 2013

Percuma baucar RM50 dengan belanja sebanyak RM250 BB1M di Popular

Assalamualaikum

Sekarang ni orang semua dok sibuk dapat Baucer Buku 1 Malaysia. Tapi bilalah aku nak dapat2 ni.
Tangan aku seriusly dah gatal2 dah ni mau shopping maaa. Walaupun bukan lah boleh shopping handbag, kasut, baju yang menjadi kesukaan aku, tapi bersyukurlah ada orang memberi. RM25O, seriously banyak kot, beli lah buku ye Nur Azee. Tapi jap, buku apa yang aku nak beli. Novel pon dikira buku jugak kan..wink wink..

Jom la pakat ramai ramai shopping dekat popular. Boleh dapat baucar bernilai RM50 dan 1 tahun kad popular percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM25O BB1M. 



Habiskan kesemua baucar tu dekat popular, n dapat lagi 50 inggit. So, the total yang korang boleh shopping dekat popular RM3OO.
WOW, boleh tak kalau aku nak bawak lori, sebab aku nak borong satu popular.
Boleh la aku beli kat pak aku , mak aku, adik kakak aku sekali..haahahaha

maklumat lanjut boleh la tengok page popular



Tuesday 19 February 2013

Benda yang Selalu Hilang!

Assalamualaikum..

Penat betul lah tunggu mengloading je. Berukband Yes dah habis data. Slow mlow la jalan macam siput baby hilang cengkerang. Jap, Nak tanya. Sape kat sini same macam aku guna berukband Yes ni?? Angkat tangan tinggi2. Memang berukband ni cepat habis kuota ke. Ataupun data gb aku langgan kecik je, 1.5 GB. Lepas ni aku nak langgan 1O GB lah. Hamboiiii,, banyak duit mung ni azee.

Okay back to the topic. Kalau korang, apa dia yang benda korang karap sangat mencari dalam hidup ni..hihhi..
Tapi,kalau bagi aku banyak jugak yang aku selalu kene mencari sebab ntah mane2 lah aku letak..
sebagai contoh:


1. Spek Mata


sumber google

Benda yang selalu sangat kena cari, terutamanya lepas habis mandi. Menggagau cari. Kadang berminit2 lah mencarinya nya. Dengan tahap rabun aku yang agak kuat ni, macam mana nak jumpa kan kalau dah x nampak. Terpaksa mengecikkan mata aku dan mula memfokus sehabis boleh.
Sesiapa yang pemakai spek tu mesti dah rasakan STRESS nya nak cari spek.
+____+

2.Getah Rambut

Salah satu bende jugak yang aku rasa ade kaki. Cuba korang cek letak bawah microsope yang paling kuat sekali siap letak oil immersion tu, aku percaya mesti ade beribu ribu kaki sedang bergerak nak meloloskan diri. *merepek. Dan oleh sebab itu, aku telah mengorbankan rambut aku dengan memotong pendek. Jadi tiada masalah getah rambut hilang lagi.

sumber google
Habis x leh nak feeling2 iklan rejoice dah.

3. Sikat

Time kecik2, mak aku siap ikat dengan tali lagi sikat ni dekat dinding. Biasa la, dapat anak macam aku, sikat rambut depan tv, tinggal je kat situ. Sikat rambut kat beranda tinggal je kat situ. Kaya kilang sikat kalau semua pengguna macam aku. Sekarang ni pon, kalau pagi2 nak g kelas aku x jumpe sikat aku, guna jari pon boleh,,, tipu sebab aku buat x boleh2 pon..

4. Kerongsang

Ini kalau beli satu papan pon habes, kalau beli dua papan pon habis. Ntah2 aku ade sindrom mengigau makan kerongsang kot. Jadi aku guna alternatif lain. Tak beli dah kerongsang yang kecik2 singgit satu tu. Murah!! Wah, berlagak. Sekarang pakai kerongsang yang besar, mahal2. Baru la terjaga rapi. Hehehe

5. Kunci

Kalau kat umah, nak guna moto ke, guna kereta ke mesti ayat yang paling famous akan keluar ddari mulut    " kunci mana kunci" Kalau boleh, satu rumah nak geledah, bawah sofa, belakang tv, bawah katil, almari, dalam periuk nasi, okay over la tuh..

Boleh tak kalau aku nak bagi cadangan , disebabkan teknologi kita dah makin canggih sekarang, apa kata buat barang2 yang boleh di miss call. Macam telefon,miss call je, dah tau dekat mana tersorok..HUHUHU


Thursday 7 February 2013

Segmen Menang RM 200 by Putry Mirah



Assalamualaikum.
Hola Holi Holuuu~~

Serius dah lama x join segmen2 nih
Bila ada mood, time tuh la duk mencari je segmen yang nak dijoin.
Terjumpa la satu segmen ni yang sangat interesting
Simple sangat nak join
Tapi hadiah,
WOWWWW!!
awesome okeh..
RM2OO ringgit, sapa yang x nak..
Boleh makan pizza selama seminggu ni.
Okey, keje asyik nak makan jep, macam mana la nak buang lemaik..Haish..+____+

Meh la pakat ramai2 join, serius simple. X rugi pon
Sapa nak join boleh KLIK BANNER yang super duper comel tuh..
^_____^


Sunday 3 February 2013

Never Be Replaced-First Lady



sumber youtube

something crossed my mind
just a piece of memory

btw, love this song
Comel sangat
^__^

Saturday 2 February 2013

Review Drama City Hunter

At last, dalam masa 2 hari aku berjaya menghabiskan satu drama korea.
Sebenarnya dah lama cerita CITY HUNTER 2O episodes ni ada dalam laptop aku, tapi mood untuk tengok tak ade lagi.
So, biarlah dia bersarang sampai buat sarang labah labah dekat dalam laptop aku pon takpe.
Bila datang mood, baru lah aku tengok.

Seriuously cerita ni sangat best.
tambah tambah pulak LEE MIN HO, my hero pujaan hati berlakon.
wink wink
melting melting....^__^
Sape rasa die hensem angkat tangan....
pinjam pakcik google

pinjam pakcik google

Cerita ini berunsurkan action, suspense and romance.

Lee Min Ho memegang watak sebagai Lee Yoon Sung telah diculik dari maknya semasa bayi dan dibesarkan oleh ayah angkatnya, Jin Pyo di pergunungan Thailand. Jin Pyo hendak membalas dendam terhadap 5 orang ahli politik yang telah menyebabkan 2O orang askar terbunuh oleh pasukan sendiri semasa menjalankan misi 28 tahun yang lalu. Dan salah seorang dari 2O orang askar yang terbunuh adalah ayah Yoon Sung. Oleh itu, Jin Pyo telah mendidik Yoon Sung berlawan dan bermain senjata supaya dapat membalas dendam atas kematian bapanya. Yoon Sung telah dihantar untuk menjadi team IT Blue House di korea supaya mudah untuknya mencari maklumat mengenai 5 ahli politik tersebut dan dapat melunaskan dendamnya. Tetapi, akhirnya telah jatuh cinta terhadap salah seorang pengawal peribadi Blue House, Kim Na Na dan sekaligus telah meletakkan orang sekeliling yang disayang berada dalam bahaya apabila dia dan ayah angkatnya mula berlainan pendapat.


Overal aku rasa cerita ni best.......... Cerita ni dah lama dah tak silap aku. Sapa2 yang belum tengok lagi, try la tengok..Lepas ni nak tengok cerita faith pulak, cerita terbaru lee min ho berlakon..hehe..Semua cerita dia berlakon aku dah tengok dah..^___^



Monday 28 January 2013

Karipap oh Karipap

Kat rumah ni keje aku asyik makan je..
Perkataan yang asyik keluar dari mulut adalah "LAPAR"
Sampaikan mak aku pon dah buat tak layan je. Huhu

Dan hari tu teringin makan karipap, nasib baik mak layankan je la.
Disebabkan aku yang mintak, kene la tolong ikut buat sekali.
Bab 'mengelip' karipap tu sangat la aku tak reti.
Tapi, nak try belaja jugak buat.
lagipon x suka la karipap yang kepit guna acuan tu.
Tak bez.

Nak tengok hasilnya aku 'mengelip' karipap..hee


hasil selepas percubaan yang pertama
Mak sampai cakap " tak payah buat la azee "
=,=


hasil selepas 3 kali mencuba.
Aku sangat bangga dengan hasilnya.
Hahahha
walaupun tak secantik mak aku buat, tapi aku sangat puas hati sebab macam jadi je..hihi



Jemput jemput makan, karipap aku buat siap masuk tv lagi..
^____^




Friday 25 January 2013

Penggunaan 'AKU'

Assalamualaikum

Bagi kita penggunaan aku ni biasanya digunakan dengan member2 je..Itu pon selalunya dengan member2 yang sebaya dengan kita. Kalau umur lebih tua, panggil kakak. Kan lebih hormat. Tapi ni biasanya di apply oleh kaum perempuan je. Kalau kaum lelaki pulak tak kisah kalau umur tu tak berapa nak jarak sangat. Sempoi. Kau Aku Gua Lu Hang Mung ikut suka korang lah. Janji selesa ye dak. Betul tak kaum lelaki??

Kaum perempuan kan lebih sopan. Aku la tu. Okay tolong jangan perasan ye. Ntah tang mana nya aku sopan. Lemah lembut tu mungkin la. Ups, sekali lagi jangan termuntah..heee.. Ada jugak antara kita guna saya awak walaupun rapat. Tak kisah la apa2 pon, janji jangan kata kata kurang senonoh sudah la. Takmo2, nanti mak babap..


Aku bahasakan diri 'AKU' dalam blog ni pon sebab aku rasa aku selesa. Jangan la korang ingat aku tak sopan pulak tau. Aku sangat sopan..........Uweksss,,, Cuma mungkin lebih mesra. Eh iye ke..

Ini umah embah aku.  Tak ade kaitan pon ngn entry ni. Tapi disebabkan  takde bende yang berkaitan nak ditepek,  aku tepek je la untuk jadi tatapan..haha ..saja penyeri entry.
Okay2, berbalik kepada story yang aku nak cerita. Dekat atas tu baru mukadimah je. Penyedap cerita. Oh, sedap ke penulisan cerita aku ni..Huhu..Dulu time kecik kecik, bapak aku sangat2 marah kalau anak2 die mengeluarkan bahasa2 yang tak elok. Mestila mak ayah marah kan. Sapa pulak tak marah. Biasalah budak budak, suka sangat mengikut ngikut kawan. Ada je benda yang nak di ikut. Memang pengaruh rakan sebaya betul..haha

Teringat adik aku dulu time kecik2 lagi kena marah dengan bapak aku sebab guna bahasa diri 'AKU'.
Conversation antara adik aku dan ayah aku:

Adik: Mak, aku nak makan. Lapar la.

Abah: Haish, apa cakap aku. Sapa ajar cakap aku ni?

Adik: Kenapa?

Abah: Mana boleh cakap aku. Tak baik.

Adik: Salah ke?

Abah: salah la. Lepas ni abah dengar lagi cakap aku siap la.

Adik: Kenapa tak baik pulak. Selalu tu kat sekolah cakap "Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah " Boleh je.

Abah: =,=

Cerita diedit2 sikit sebab time tu aku kecik lagi. Tak berapa ingat dialog yang betul. Banyak sangat makan jeruk ngn kari kepala ikan. Tu lupa tuh.
Apa pon, nak marah si adik tu terus tak jadi. macam macam..haha..


p/s: esok tuan tanah nak pergi berjalan2...weeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Nak pegi refresh otak dekat cameron..^___^..nanti tuan tanah bawak balik strawberri eh..tapi tuan tanah makan la dulu ye..heeeeee...

Thursday 24 January 2013

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Pelupa

Assalamualaikum

Salam maulidur rasul~~

Tadi bukak facebook, keje aku scroll je la home page tu sampai busan. Orang duk sibuk update status. Aku pulak, PENYAKIT MALU nak update status belum ada ubat lagi. Haha. Jadinya keje aku baca je status orang kat home tu. Agak2 menarik aku LIKE, agak2 yang tak menarik, yang aku rasa macam tak payah tulis pon tak ape kot, aku UNLIKE. Eh, sejak bile button unlike ada dekat facebook..Huhu

Terjumpa la satu artikel yang mengatakan ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa. Bahaya okay penyakit pelupa ni. Lagi lagi kita ni yang masih muda, sihat, bertenaga, cergas, okay stop!
Time time macam ni la kite kena guna banyak daya ingatan. Kalau cepat lupa kan susah. Jadi la macam aku, sebelum exam beria ria menghafal, ingat ni dari A sampai Z , susun dalam otak siap ade folder lagi ikut chapter (okay tipu), tapi bile bukak je kertas soalan, automatik otak blank. Berterabur jawapan dalam otak. Lupa apa yang dah aku hafal.
+___+

gambar pinjam pakcik google

So. ini adalah beberapa makanan yang patut dielakkan selagi yang boleh:

1. Banyak makan epal yang sudah masam

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah - buahan

3. Banyak makan bawang besar

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering

5. Memakan kepala ikan

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan

7. Makan sehingga terlalu kenyang

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet.Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food).Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh mengumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Hummmm,, aku sangat suka makan asam ngn jeruk buah buahan. Kepala Ikan pon suka jugak. Pekena kari kepala ikan , boleh bertambah la nasi. Patutla aku cepat lupa. Lepas ni kena cuba kurangkan..Hihihi
Tak nak la muda muda dah ada penyakit pelupa.

gambar pakcik google

sumber

Wednesday 23 January 2013

Senarai nama yang disukai jin

Assalamualaikum kawan2 sekalian..

Hari tu, my sis ade cakap dekat aku yang nama balqis ni jin suka..
And then, aku buat2 research, acehh, mengalahkan buat assigment pulak..
X de la research sangat.. Dah lama dah aku carik sebenarnya. Tapi masa tu x de mood nak update..Jadi simpan dalam kepala otak,kunci diam2..
Aku ngn beberapa orang kawan aku pun mengoogle la..Time tu study week..
Biasa la,,study week suke sangat buat bende2 lain yang bertentangan dengan study..Aku rasa kene tukar la nama study week tu..
+___+

Okay, berbalik kepada tajuk..
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz, Ustaz Sharhan Shafie ade bagitau yang ade beberapa nama yang menjadi kesukaan jin,, antaranya:

1.Balqis
2.Qistina/Kistina
3.Najwa
4.Zakuan
5.Batrisya
6.Erisya
7.Mazda

sumber : youtube

Ustaz Sharhan Shafie ni seorang pengamal perubatan Islam. Dalam 6O hingga 7O% orang yang datang berubat adalah dengan nama2 tersebut. Sebab tu beliau buat kesimpulan macam tu..
Lagipon, beliau mesti lebih berpengalaman mengenai ilmu ilmu perubatan Islam ni.


sumber : youtube

Orang ramai banyak bertanya betul ke?? Dan ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus.
Ape pon aku suke jawapan ustaz Azhar ni..

Lagipon, Ustaz Sharhan pon ade bagitau yang nama2 ni ade maksud yang baik baik belaka semuanya.
Cuma menjadi kesukaan jin.
Tak perlu la angkat sumpah pulak nak g ubah nama tu kalau memang mak bapak dah bagi.
Just tukar nama panggilan je..

Mak aku pernah cerita, kalau dulu2 baby asyik nangis je, kene tukar nama panggilan..Nama panggilan je, x yah tukar nama sebenar pon..
Contohla nama Azee, tapi dok teriak je siang malam pagi petang, panggil la nama panggilan lain macam Erra Fazira ke..hehe

Terpulang untuk sesiapa percaya atau pun tidak.
 Wallahualam..

Btw, aku suka semua nama2 yang tersenarai kat atas tu..Cantik2 nama tu..
^___^
Cume, aku ingat mazda tu nama kereta je, rupanya ade jugak eh nama orang..heee



Tuesday 22 January 2013

Astro Dah Tak Ade Cerita Ke?

Aaaaaaaaaaaaaaaaa..nak jerit kuat kuat boleh x...Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Miss my blog maaaa..^___^
How you guys??

Sekarang ni tengah cuti sebulan dekat rumah..
Semester break...Oh,,sangat2 hepi la sebab x yah la nak menghadap lecture notes yang banyak tu kan..
Tapi busan jugak ni, sampai kan i ask my dad,, "abah,,bile nak pergi jalan2 ni?"..
Nampak macam ade respon sebab abah tanya,,nak jalan pergi mana..decide..hehiikk..

Duk rumah ni,,keje nye menghadap tv je lah..
Aku rasa mesti semua perasan kan yang astro ni x habis2 asyik ulang ulang ulang ulang ulang cerita yang sama je..
Cite movie2 yang astro tayang tu aku rasa dah berpuluh kali kut main.
Itu belum masuk lagi replay yang lain..
Drama bersiri pon nak ulang jugak..apa kes????

Haa,,lagi satu..suka sangat tayang cerita hantu pukul 12 malam, 1 pagi, 2 pagi..
Oh,,hello,,boleh tak tolong tayang siang..Aku ni peminat jugak cerita hantu,tapi kalau nak tengok malam malam pukul 1 pagi, sorang2, tu keje gile namanya..

Emotional pulak..hihi

Bukan nye ape,,astro ni bukannya free macam TV3,TV2,
Tapi disebabkan kalau x de astro,,tv x berapa nak terang..Berpinor pinor mata tengok..hoho
Langgan la jugak walaupon bukan aku yang bayar..heee






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura