Friday, 25 January 2013

Penggunaan 'AKU'

Assalamualaikum

Bagi kita penggunaan aku ni biasanya digunakan dengan member2 je..Itu pon selalunya dengan member2 yang sebaya dengan kita. Kalau umur lebih tua, panggil kakak. Kan lebih hormat. Tapi ni biasanya di apply oleh kaum perempuan je. Kalau kaum lelaki pulak tak kisah kalau umur tu tak berapa nak jarak sangat. Sempoi. Kau Aku Gua Lu Hang Mung ikut suka korang lah. Janji selesa ye dak. Betul tak kaum lelaki??

Kaum perempuan kan lebih sopan. Aku la tu. Okay tolong jangan perasan ye. Ntah tang mana nya aku sopan. Lemah lembut tu mungkin la. Ups, sekali lagi jangan termuntah..heee.. Ada jugak antara kita guna saya awak walaupun rapat. Tak kisah la apa2 pon, janji jangan kata kata kurang senonoh sudah la. Takmo2, nanti mak babap..


Aku bahasakan diri 'AKU' dalam blog ni pon sebab aku rasa aku selesa. Jangan la korang ingat aku tak sopan pulak tau. Aku sangat sopan..........Uweksss,,, Cuma mungkin lebih mesra. Eh iye ke..

Ini umah embah aku.  Tak ade kaitan pon ngn entry ni. Tapi disebabkan  takde bende yang berkaitan nak ditepek,  aku tepek je la untuk jadi tatapan..haha ..saja penyeri entry.
Okay2, berbalik kepada story yang aku nak cerita. Dekat atas tu baru mukadimah je. Penyedap cerita. Oh, sedap ke penulisan cerita aku ni..Huhu..Dulu time kecik kecik, bapak aku sangat2 marah kalau anak2 die mengeluarkan bahasa2 yang tak elok. Mestila mak ayah marah kan. Sapa pulak tak marah. Biasalah budak budak, suka sangat mengikut ngikut kawan. Ada je benda yang nak di ikut. Memang pengaruh rakan sebaya betul..haha

Teringat adik aku dulu time kecik2 lagi kena marah dengan bapak aku sebab guna bahasa diri 'AKU'.
Conversation antara adik aku dan ayah aku:

Adik: Mak, aku nak makan. Lapar la.

Abah: Haish, apa cakap aku. Sapa ajar cakap aku ni?

Adik: Kenapa?

Abah: Mana boleh cakap aku. Tak baik.

Adik: Salah ke?

Abah: salah la. Lepas ni abah dengar lagi cakap aku siap la.

Adik: Kenapa tak baik pulak. Selalu tu kat sekolah cakap "Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah " Boleh je.

Abah: =,=

Cerita diedit2 sikit sebab time tu aku kecik lagi. Tak berapa ingat dialog yang betul. Banyak sangat makan jeruk ngn kari kepala ikan. Tu lupa tuh.
Apa pon, nak marah si adik tu terus tak jadi. macam macam..haha..


p/s: esok tuan tanah nak pergi berjalan2...weeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Nak pegi refresh otak dekat cameron..^___^..nanti tuan tanah bawak balik strawberri eh..tapi tuan tanah makan la dulu ye..heeeeee...

16 comments:

Watercolour said...

Ooo, rupanya dia dulu gangster ngan mak eh...hehe

вʋввℓɛ ρσρƨ said...

hahaa.. aku adalah tok orang yang besar shaja :) hehe, besar. haha

Kuazue Mohd said...

as salam... cik azue datang vertandang...by the way..dtg ni nak menjemput tuan umah join my GA..meh la..semoga ukhwah berpanjangan..
http://kuazue.blogspot.com/2013/01/kome-nak-tak-my-2013-1-give-away.html?m=1

faie mohamad said...

sy lg suka kalau gune pkataan 'aku' ngn kawan2.. nmpak lbh mesra even nmpak kasar.. kalau 'saya' tu mcm utk org yg lagi tua je.. hehehe

Mia Liana said...

terpulang ikut keselesaan.. aku pun ok juga..

Que Achmad said...

citer yang penuh makna... Abe setuju sgt...

http://www.queachmad.com/2013/01/gambar-kemalangan-menyayat-hati.html

http://quereka.blogspot.com/2012/12/rumah-que-syurga-que-rumahku-syurgaku.html

Kasih Salina said...

akak pun sama suka guna aku lagi dalam blog..rasa selesa camtu kan..

Prince of Noob said...

tapi orang jawa kalau tak silap mmg selamba cakap aku dengan mak bapak diorang

Btw jom join Contest yang sangat mudah kat SINI dan menangi wang tunai segera.

the malay male said...

ikut keselesaan

michelle De hunny said...

betol2..
kadang2 rasa x selesa jugak nak guna 'aku' ~
kalo ngan member ok je kan?
awak leh jd member "aku" x?
hehe~

c!kon!ech!c said...

ala lau aku balik kg tuh ak tgok antara adek beradek pon ckp ak kau jep kn....hahaha

Zehan Ilyana said...

hahaha..dgn mama and family yg lain xpernah la beraku ni..

tapi masa kanak-kanak pernah gak guna aku dgn abang2, lepas tu terus kena marah and brainwashed...so xpernah guna aku...sampailah dgn kawan2 pun jarang yg beraku kau..cuma sejak ada blog ni je makin senang guna perkataan aku..hihi

Cendol said...

eh aku dtg melawat kau kat sini ni.hehehe opsss terguna 'aku' pulakkk..hahaha cendol pun ckp aku jugak tapi mengikut kpd org yg kita bercakap.kalo dia tu jenis tak ckp aku,cendol pn tak ckp le.hehehe.ye budak2 tak elok ckp aku.bunyi kasar.org dewasa tak pa :P

Bidadari Besi said...

ahahahah. kelakar lah. tapi jawa sempoi je cakap aku kan? ayah pun jawa panggil bapak.

*kak, nak stobeli sikit XD

Sue PeLik said...

huhuhuhu saya pun dalam entry akan guna perkataan 'aku' tapi kalau pergi berjalan2 ke sembang2 guna saya laaa hehehe

Kesuma Angsana said...

ok je penggunaan aku ni for KA !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura