Thursday 20 November 2014

Proses Beli Kereta

Assalammualaikum

Memang betul-betul lama dah meninggalkan dunia blog ni.. Kadang tu, terlupa pulak ada blog.. Apa khabar kawan-kawan maya semua.. Mesti ramai dah lupa kehadiran aku.. sob sob..

Okay la, entri kali ni cuma nak tulis..
Aku dah ada komitmen .. haha.. itu je nak bagi tau..  Actually, few weeks ago, CIK BOOM BOOM aku baru sampai ke tangan aku.. Okay, siapakah CIK BOOM BOOM..


Inilah die, hati gembira sebab this is my first car , nama sendiri.. Tapi jangan gembira sangat, sebab bermulalah kehidupan dengan komitmen dan hutang.. hohoh

Memandangkan ni kali pertama nak beli kereta, agak nervous jugak la untuk proses kereta.. Yelah, yang paling takut kalau nak beli kereta ni adalah loan,, Risau la kalau x lulus, baru berangan2 pegang stereng, tengok2 , x lulus, so kecewa nanti. Lain la kalau ada sedebuk duit jatuh dari langit, boleh bayar cash berpuluh ribu.. Erk tercekikkkkk... 

So, meh nak bagi tau apa yang sgt penting untuk loan kereta ni..

Kad pengenalan
Lesen memandu 
Salinan tawaran kerja
Salinan statement bank at least 3 bulan
Salinan statement KWSP (kalau x de pon x pe, tp bagi je lah)

Kalau x da statement bank, boleh update buku bank and bagi salinan,, macam aku hari tu, ada ke nak mintak statement bank kena tunggu seminggu, and charge 10 ringgit, pastu setiap helai 2 ringgit,,Gilo.. Lepastu baru tau boleh guna buku bank je, update, settle

Dah ada semua ni, boleh serahkan la dekat dealer, biasanya dealer la akan berurusan ngn bank.. So, time dah submit semua dokumen, alert dengan telefon, sebab pihak bank akan call untuk interview.. Tapi just soalan simple2 je.. Dont worry.. and then few days dah boleh tau loan lulus ke tidak  =)

Hari tu dealer aku try banyak bank, untuk compare interest kan,, Yolah, 9 tahun wei nak ikat, kalau interest tinggi, ape kes... Akhirnya, dapat jugak keluarkan CIK BOOM BOOM dengan interest y agak rendah.. Atas bantuan dealer aku, sekejap je proses loan dah siap.. tinggal sign agreement je..


Ni la dealer aku, Kak azwien..sgt nice and helpful..Senang je bank luluskan.. Untung dapat dealer dia.. Kalau nk cuba dealer ni area klang or selangor, boleh la pm aku kat fb.. Dia pon buat perodua jugak kalau x silap..

okay , itu saja setakat ini.. ^_^



Wednesday 17 September 2014

Apartment untuk Disewa di Port Dickson !!


Assalammualaikum

Makcik, pakcik, abang, kakak yang nak bercuti pergi Port Dickson tu, x yah pening kepala nak cari tempat penginapan.. Jom pakat ramai2 menginap di Marina Bay Condominium (Entrance Avillion Admiral Marina Cove ).. Ada apartment yang boleh disewa untuk menginap kalau2 nak bercuti di port dickson.

Harga sangat berpatutan. X percaya cuba usha2 dulu harga kat bawah ni.. Gambar pon ada disediakan untuk tatapan..hehe... =)








view yang cantik..boleh berselfie, tapi jangan terjun pulak ye..hehe

Apartment ni dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air..air cond pon ada kat setiap bilik dan ruang tamu, seaview balcony and swimming pool..



Fully furnished :-
 Kettle, dapur gas, microwave, iron, peti ais, tv, rice cooker, heater di blik air utama, sofa dan ruang makan...

Manakala, kemudahan adalah berdekatan dengan  7 eleven, kedai makan, hospital, stesyen minyak, pd golf club, pasar raya, kem tentera. So jangan risau kalau tengah2 malam terpaksa pergi kedai nak beli susu anak ke., sebab 7e ada.. hehe


Dan yang paling penting 24 hours security guarded..Safety first okay..

Rate Harga:

weekday RM 160
weekend RM 200
school holiday(weekday) RM 180
public holiday RM 250

SPECIAL DISCOUNT JIKA LEBIH DARI PENGINAPAN SATU MALAM

Jika berminat boleh hubungi 0193715217 (khairul)





Thursday 23 January 2014

Bahaya Wanita!! Sila Hati-Hati!!

Assalamualaikum....
Selamat pagi awak2 sekalian..have a nice day..^-^

Semalam abah aku call, dia cerita la yang makcik aku baru lepas kena pukau...
Pukau!!!!!! Scary nya...-,-
Daripada story bapak aku, makcik aku ni pergi la pasar..
Tiba-tiba kat pasar tu ada dua orang lelaki datang tegur..
Diorang ajak makcik aku ni ikut dieorang...
Makcik aku pon ikut lah sampai dekat lorong..

Lelaki tu pon cakap kat makcik aku, " Makcik, bahaya ni makcik pakai emas2 ni..Baik makcik simpan dekat rumah "
Dia pon bagi makcik aku sampul surat, suruh masukkan dalam sampul tu...
" Makcik letak dalam sampul ni, lepastu bawak balik Balik nanti sampai rumah terus amik air semayang, lepas 3 hari baru bukak sampul tu ye makcik"

Makcik aku pon balik lah rumah, sampai rumah tergerak nak bukak sampul tu .. Bukak2 dalam sampul tu bukan barang kemas,  tapi BATU.. 

Hisy, macam2 jenayah dah sekarang ni.. x ragut , x rompak, tapi guna cara pukau pulak..
Lepas ni, kalau sesapa ada barang kemas tu, simpan lah buat pekasam..bahaya...Blink blink mata penjahat2 tu..-,-
Dan untuk wanita2, jangan lah keluar sorang2..selagi ada orang boleh teman, ajak je teman walaupun nak pergi kedai depan umah je..hehe..




Sunday 19 January 2014

Cara On Phone Nokia Lumia Bila Tiba2 Mati

Assalamualaikum..

Hai, apa khabar semua..sihat ke idokkk??
Sekarang tengah sem break.. Enjoynya la korang2 para mahasiswa dapat bercuti kat umah..
Aku ni ha duk nganga kat UPM ni x dapat balik...Homesick tambah bosan...Sob Sob

Okay, back to the tajuk,, pelik pulak daku tengok tajuk tu..Ah x kisah lah..
Sape kat sini pakai nokia lumia angkat tangan tinggi2...\(^-^)
Sape x pakai,, jgn tutup pulak entry ni, mana tau ada pakcik, makcik, atuk, nenek, pak sedara, jiran umah dan blaaa blaa blaa pakai, boleh la korang tolong...

Pernah tak phone nokia lumia korang tetiba je mati, screen gelap, tekan2 x mau jugak hidup...
Sabarrrrrr.... jangan terburu2 campak phone korang tu macam aku selalu buat...hihi
amik nafas dalam2,, baca bismillah...:)

Kemungkinan, phone korang tengah 'FROZEN'...hahaha...merepek kan istilah tu...frozen??
itula yang pernah jadi kat Phone aku...aku bukak lagu sambil on wifi, boleh pulak engkau frozen..

Caranya,,, pegilah warm kan korang punya phone...bagi haba2 sikit...PERINGATAN: JANGAN PULAK BAGI KENA API...haritu aku letak atas katil yang baru lepas letak laptop...kan panas sikit...gosok2 dekat tapan tangan...

And then baru lah korang tekan BUTTON VOLUME DOWN + BUTTON CAMERA serentak sampai la bervibrate..... taraaaa,,, hidup sudah...saja je phone ni nak bermanja2 pulakkk...Layanke je lah...

gambar pinjam google

Aku pakai nokia lumia 800 macam gambar atas ni.. sangat suka walaupun x banyak sangat apps macam android.. ;)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura