Thursday 20 November 2014

Proses Beli Kereta

Assalammualaikum

Memang betul-betul lama dah meninggalkan dunia blog ni.. Kadang tu, terlupa pulak ada blog.. Apa khabar kawan-kawan maya semua.. Mesti ramai dah lupa kehadiran aku.. sob sob..

Okay la, entri kali ni cuma nak tulis..
Aku dah ada komitmen .. haha.. itu je nak bagi tau..  Actually, few weeks ago, CIK BOOM BOOM aku baru sampai ke tangan aku.. Okay, siapakah CIK BOOM BOOM..


Inilah die, hati gembira sebab this is my first car , nama sendiri.. Tapi jangan gembira sangat, sebab bermulalah kehidupan dengan komitmen dan hutang.. hohoh

Memandangkan ni kali pertama nak beli kereta, agak nervous jugak la untuk proses kereta.. Yelah, yang paling takut kalau nak beli kereta ni adalah loan,, Risau la kalau x lulus, baru berangan2 pegang stereng, tengok2 , x lulus, so kecewa nanti. Lain la kalau ada sedebuk duit jatuh dari langit, boleh bayar cash berpuluh ribu.. Erk tercekikkkkk... 

So, meh nak bagi tau apa yang sgt penting untuk loan kereta ni..

Kad pengenalan
Lesen memandu 
Salinan tawaran kerja
Salinan statement bank at least 3 bulan
Salinan statement KWSP (kalau x de pon x pe, tp bagi je lah)

Kalau x da statement bank, boleh update buku bank and bagi salinan,, macam aku hari tu, ada ke nak mintak statement bank kena tunggu seminggu, and charge 10 ringgit, pastu setiap helai 2 ringgit,,Gilo.. Lepastu baru tau boleh guna buku bank je, update, settle

Dah ada semua ni, boleh serahkan la dekat dealer, biasanya dealer la akan berurusan ngn bank.. So, time dah submit semua dokumen, alert dengan telefon, sebab pihak bank akan call untuk interview.. Tapi just soalan simple2 je.. Dont worry.. and then few days dah boleh tau loan lulus ke tidak  =)

Hari tu dealer aku try banyak bank, untuk compare interest kan,, Yolah, 9 tahun wei nak ikat, kalau interest tinggi, ape kes... Akhirnya, dapat jugak keluarkan CIK BOOM BOOM dengan interest y agak rendah.. Atas bantuan dealer aku, sekejap je proses loan dah siap.. tinggal sign agreement je..


Ni la dealer aku, Kak azwien..sgt nice and helpful..Senang je bank luluskan.. Untung dapat dealer dia.. Kalau nk cuba dealer ni area klang or selangor, boleh la pm aku kat fb.. Dia pon buat perodua jugak kalau x silap..

okay , itu saja setakat ini.. ^_^



Wednesday 17 September 2014

Apartment untuk Disewa di Port Dickson !!


Assalammualaikum

Makcik, pakcik, abang, kakak yang nak bercuti pergi Port Dickson tu, x yah pening kepala nak cari tempat penginapan.. Jom pakat ramai2 menginap di Marina Bay Condominium (Entrance Avillion Admiral Marina Cove ).. Ada apartment yang boleh disewa untuk menginap kalau2 nak bercuti di port dickson.

Harga sangat berpatutan. X percaya cuba usha2 dulu harga kat bawah ni.. Gambar pon ada disediakan untuk tatapan..hehe... =)








view yang cantik..boleh berselfie, tapi jangan terjun pulak ye..hehe

Apartment ni dilengkapi dengan 2 bilik tidur dan 2 bilik air..air cond pon ada kat setiap bilik dan ruang tamu, seaview balcony and swimming pool..



Fully furnished :-
 Kettle, dapur gas, microwave, iron, peti ais, tv, rice cooker, heater di blik air utama, sofa dan ruang makan...

Manakala, kemudahan adalah berdekatan dengan  7 eleven, kedai makan, hospital, stesyen minyak, pd golf club, pasar raya, kem tentera. So jangan risau kalau tengah2 malam terpaksa pergi kedai nak beli susu anak ke., sebab 7e ada.. hehe


Dan yang paling penting 24 hours security guarded..Safety first okay..

Rate Harga:

weekday RM 160
weekend RM 200
school holiday(weekday) RM 180
public holiday RM 250

SPECIAL DISCOUNT JIKA LEBIH DARI PENGINAPAN SATU MALAM

Jika berminat boleh hubungi 0193715217 (khairul)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura