Monday 28 January 2013

Karipap oh Karipap

Kat rumah ni keje aku asyik makan je..
Perkataan yang asyik keluar dari mulut adalah "LAPAR"
Sampaikan mak aku pon dah buat tak layan je. Huhu

Dan hari tu teringin makan karipap, nasib baik mak layankan je la.
Disebabkan aku yang mintak, kene la tolong ikut buat sekali.
Bab 'mengelip' karipap tu sangat la aku tak reti.
Tapi, nak try belaja jugak buat.
lagipon x suka la karipap yang kepit guna acuan tu.
Tak bez.

Nak tengok hasilnya aku 'mengelip' karipap..hee


hasil selepas percubaan yang pertama
Mak sampai cakap " tak payah buat la azee "
=,=


hasil selepas 3 kali mencuba.
Aku sangat bangga dengan hasilnya.
Hahahha
walaupun tak secantik mak aku buat, tapi aku sangat puas hati sebab macam jadi je..hihi



Jemput jemput makan, karipap aku buat siap masuk tv lagi..
^____^




Friday 25 January 2013

Penggunaan 'AKU'

Assalamualaikum

Bagi kita penggunaan aku ni biasanya digunakan dengan member2 je..Itu pon selalunya dengan member2 yang sebaya dengan kita. Kalau umur lebih tua, panggil kakak. Kan lebih hormat. Tapi ni biasanya di apply oleh kaum perempuan je. Kalau kaum lelaki pulak tak kisah kalau umur tu tak berapa nak jarak sangat. Sempoi. Kau Aku Gua Lu Hang Mung ikut suka korang lah. Janji selesa ye dak. Betul tak kaum lelaki??

Kaum perempuan kan lebih sopan. Aku la tu. Okay tolong jangan perasan ye. Ntah tang mana nya aku sopan. Lemah lembut tu mungkin la. Ups, sekali lagi jangan termuntah..heee.. Ada jugak antara kita guna saya awak walaupun rapat. Tak kisah la apa2 pon, janji jangan kata kata kurang senonoh sudah la. Takmo2, nanti mak babap..


Aku bahasakan diri 'AKU' dalam blog ni pon sebab aku rasa aku selesa. Jangan la korang ingat aku tak sopan pulak tau. Aku sangat sopan..........Uweksss,,, Cuma mungkin lebih mesra. Eh iye ke..

Ini umah embah aku.  Tak ade kaitan pon ngn entry ni. Tapi disebabkan  takde bende yang berkaitan nak ditepek,  aku tepek je la untuk jadi tatapan..haha ..saja penyeri entry.
Okay2, berbalik kepada story yang aku nak cerita. Dekat atas tu baru mukadimah je. Penyedap cerita. Oh, sedap ke penulisan cerita aku ni..Huhu..Dulu time kecik kecik, bapak aku sangat2 marah kalau anak2 die mengeluarkan bahasa2 yang tak elok. Mestila mak ayah marah kan. Sapa pulak tak marah. Biasalah budak budak, suka sangat mengikut ngikut kawan. Ada je benda yang nak di ikut. Memang pengaruh rakan sebaya betul..haha

Teringat adik aku dulu time kecik2 lagi kena marah dengan bapak aku sebab guna bahasa diri 'AKU'.
Conversation antara adik aku dan ayah aku:

Adik: Mak, aku nak makan. Lapar la.

Abah: Haish, apa cakap aku. Sapa ajar cakap aku ni?

Adik: Kenapa?

Abah: Mana boleh cakap aku. Tak baik.

Adik: Salah ke?

Abah: salah la. Lepas ni abah dengar lagi cakap aku siap la.

Adik: Kenapa tak baik pulak. Selalu tu kat sekolah cakap "Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah " Boleh je.

Abah: =,=

Cerita diedit2 sikit sebab time tu aku kecik lagi. Tak berapa ingat dialog yang betul. Banyak sangat makan jeruk ngn kari kepala ikan. Tu lupa tuh.
Apa pon, nak marah si adik tu terus tak jadi. macam macam..haha..


p/s: esok tuan tanah nak pergi berjalan2...weeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Nak pegi refresh otak dekat cameron..^___^..nanti tuan tanah bawak balik strawberri eh..tapi tuan tanah makan la dulu ye..heeeeee...

Thursday 24 January 2013

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Pelupa

Assalamualaikum

Salam maulidur rasul~~

Tadi bukak facebook, keje aku scroll je la home page tu sampai busan. Orang duk sibuk update status. Aku pulak, PENYAKIT MALU nak update status belum ada ubat lagi. Haha. Jadinya keje aku baca je status orang kat home tu. Agak2 menarik aku LIKE, agak2 yang tak menarik, yang aku rasa macam tak payah tulis pon tak ape kot, aku UNLIKE. Eh, sejak bile button unlike ada dekat facebook..Huhu

Terjumpa la satu artikel yang mengatakan ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa. Bahaya okay penyakit pelupa ni. Lagi lagi kita ni yang masih muda, sihat, bertenaga, cergas, okay stop!
Time time macam ni la kite kena guna banyak daya ingatan. Kalau cepat lupa kan susah. Jadi la macam aku, sebelum exam beria ria menghafal, ingat ni dari A sampai Z , susun dalam otak siap ade folder lagi ikut chapter (okay tipu), tapi bile bukak je kertas soalan, automatik otak blank. Berterabur jawapan dalam otak. Lupa apa yang dah aku hafal.
+___+

gambar pinjam pakcik google

So. ini adalah beberapa makanan yang patut dielakkan selagi yang boleh:

1. Banyak makan epal yang sudah masam

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah - buahan

3. Banyak makan bawang besar

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering

5. Memakan kepala ikan

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan

7. Makan sehingga terlalu kenyang

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet.Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food).Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh mengumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Hummmm,, aku sangat suka makan asam ngn jeruk buah buahan. Kepala Ikan pon suka jugak. Pekena kari kepala ikan , boleh bertambah la nasi. Patutla aku cepat lupa. Lepas ni kena cuba kurangkan..Hihihi
Tak nak la muda muda dah ada penyakit pelupa.

gambar pakcik google

sumber

Wednesday 23 January 2013

Senarai nama yang disukai jin

Assalamualaikum kawan2 sekalian..

Hari tu, my sis ade cakap dekat aku yang nama balqis ni jin suka..
And then, aku buat2 research, acehh, mengalahkan buat assigment pulak..
X de la research sangat.. Dah lama dah aku carik sebenarnya. Tapi masa tu x de mood nak update..Jadi simpan dalam kepala otak,kunci diam2..
Aku ngn beberapa orang kawan aku pun mengoogle la..Time tu study week..
Biasa la,,study week suke sangat buat bende2 lain yang bertentangan dengan study..Aku rasa kene tukar la nama study week tu..
+___+

Okay, berbalik kepada tajuk..
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz, Ustaz Sharhan Shafie ade bagitau yang ade beberapa nama yang menjadi kesukaan jin,, antaranya:

1.Balqis
2.Qistina/Kistina
3.Najwa
4.Zakuan
5.Batrisya
6.Erisya
7.Mazda

sumber : youtube

Ustaz Sharhan Shafie ni seorang pengamal perubatan Islam. Dalam 6O hingga 7O% orang yang datang berubat adalah dengan nama2 tersebut. Sebab tu beliau buat kesimpulan macam tu..
Lagipon, beliau mesti lebih berpengalaman mengenai ilmu ilmu perubatan Islam ni.


sumber : youtube

Orang ramai banyak bertanya betul ke?? Dan ini jawapan dari Ustaz Azhar Idrus.
Ape pon aku suke jawapan ustaz Azhar ni..

Lagipon, Ustaz Sharhan pon ade bagitau yang nama2 ni ade maksud yang baik baik belaka semuanya.
Cuma menjadi kesukaan jin.
Tak perlu la angkat sumpah pulak nak g ubah nama tu kalau memang mak bapak dah bagi.
Just tukar nama panggilan je..

Mak aku pernah cerita, kalau dulu2 baby asyik nangis je, kene tukar nama panggilan..Nama panggilan je, x yah tukar nama sebenar pon..
Contohla nama Azee, tapi dok teriak je siang malam pagi petang, panggil la nama panggilan lain macam Erra Fazira ke..hehe

Terpulang untuk sesiapa percaya atau pun tidak.
 Wallahualam..

Btw, aku suka semua nama2 yang tersenarai kat atas tu..Cantik2 nama tu..
^___^
Cume, aku ingat mazda tu nama kereta je, rupanya ade jugak eh nama orang..heee



Tuesday 22 January 2013

Astro Dah Tak Ade Cerita Ke?

Aaaaaaaaaaaaaaaaa..nak jerit kuat kuat boleh x...Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Miss my blog maaaa..^___^
How you guys??

Sekarang ni tengah cuti sebulan dekat rumah..
Semester break...Oh,,sangat2 hepi la sebab x yah la nak menghadap lecture notes yang banyak tu kan..
Tapi busan jugak ni, sampai kan i ask my dad,, "abah,,bile nak pergi jalan2 ni?"..
Nampak macam ade respon sebab abah tanya,,nak jalan pergi mana..decide..hehiikk..

Duk rumah ni,,keje nye menghadap tv je lah..
Aku rasa mesti semua perasan kan yang astro ni x habis2 asyik ulang ulang ulang ulang ulang cerita yang sama je..
Cite movie2 yang astro tayang tu aku rasa dah berpuluh kali kut main.
Itu belum masuk lagi replay yang lain..
Drama bersiri pon nak ulang jugak..apa kes????

Haa,,lagi satu..suka sangat tayang cerita hantu pukul 12 malam, 1 pagi, 2 pagi..
Oh,,hello,,boleh tak tolong tayang siang..Aku ni peminat jugak cerita hantu,tapi kalau nak tengok malam malam pukul 1 pagi, sorang2, tu keje gile namanya..

Emotional pulak..hihi

Bukan nye ape,,astro ni bukannya free macam TV3,TV2,
Tapi disebabkan kalau x de astro,,tv x berapa nak terang..Berpinor pinor mata tengok..hoho
Langgan la jugak walaupon bukan aku yang bayar..heee






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura