Friday 19 April 2013

Blog Bertukar Wajah..

Assalamualaikum....

Hai Hai..Perasan x ape yang lain dekat sini....Comel x kak Ton  , eh silap..Comel x blog aku???? =D
Tapi mesti lah bukan aku yang edit. Dengan idea yang kayu macam aku ni, boleh stress bab edit2 camni..
Tambah kena main dengan kod kod bagai yang  boleh buat mata aku pusing pusing tanpa henti, baik aku suruh orang tolong edit kan.. Senang kerja aku..Hihi..

Godek2 pakcik google kesayangan aku, terjumpa lah satu blog ni yang sediakan perkhidmatan mengedit blog. Harga mestilah aku tengok no 1, agak2 aku mampu, haa jalan..

Adik Comel ni lah yang mengeditkan blog aku ni..
Mana tau ada sapa2 nak edit blog ke,,meh tempah kat aku..kompem2,setahun pon belum tentu siap..=P
Jom la terjah Adik Comel ni, kot2 nak tempah ke..
Aku punya full edited RM15 ringgit, campur header sekali..
Yang penting, aku puas hati. Dekat header pon dah x letak gambar sedepek muka aku..Malu pulak letak gambar sendiri..kihkihkih


Friday 12 April 2013

First Time Masak Laksa..

Assalamualaikum

Rasanya macam dah lama x rajin menjenguk blog2 kawan2 yang aku sayanggggg sangat sangat..Hehe
Lagi 3 hari broadband yes terchenta aku ni dah nak expired contract. So,automatik akan bertukar jadi prepaid.Macam x rajin nak topup menopup. Lepas ni,terpaksa lah aku mengonline guna line yang di 'hadiahkan' UPM kepada student2 yang sangat memerlukan macam aku ni. Cuma boleh tak tolong pasangkan sebijik modem wifi tu kat bilik aku. Balasannya aku akan cuba jadi pelajar yang cemerlang dan terbilang. HehHeh

Dan buat pertama kali nya dalam hidup aku selama 21 tahun berapa bulan ntah x pasti, aku masak laksa weyhh.. Sendiri okay, tanpa bantuan sesiapa, emm cuma resepi mak aku la. Ngeee..Yeahh,,aku sangat bangga dengan diri aku, terima kasih mak abah yang telah bagi sokongan dan dorongan, x lupa kawan2 yang sudi support aku jugak, dan semua lah yang terlibat..sambil lap air mata ngn hingus yang meleleh, sob sob..
Muahahaha

Inilah hasilnya..


Nampak tak apa yang ganjil kat laksa tu..Kehilangan telur kuning..Ni sebenarnya aku hidang tuk mak aku. Baru terpikir nak tangkap gambar. Aku dah makan awal2 dah, kebulur okay..Disebabkan aku x makan telur putih tu, so aku amik alternatif lain dengan curik kesemua telur2 kuning je, Dan tinggallah telur putih berlubang x de yang kuning..Sian mak aku makan putih telur je..Mintak ampun mak!! hihihi

Dan ini adalah first entry aku masak memasak, aku x kira, nak jugak letak resepi walaupun semua orang mesti dah tau kan. Ahh, x kisah la, aku punya suka lah..^^

Bahan A
Segenggam cili kering
2 biji bawang besar
Seinci Belacan

Bahan B
6 ekor ikan kembung direbus,asingkan tulang dan isi [Sebab aku guna 6 ekor je tadi..Hee]

Okay, Bahan A tu kisar ye lumat2..Disebabkan aku ni memang x suka langsung kalau dalam kuah laksa tu ada biji cili kering dengan serpihan2 cili yang x hancur tu, jadi aku pon blend lama2..Sebijik biji cili n serpihan2 cili x hancur tu memang x ade langsung..Halus,mulus macam muka aku..Jangan lempang laju2 ye..=D
Seronok je makan xyah asing2kan..Haha

Untuk bahan B pulak blendkan isi ikan..Ketepikan..Ha, pastu aku blend pulak tulang ikan,lumat2. Pastu tapis okay. Kang ada jugak mati tercekik tertanam tulang ikan dalam perut.. Blend bahan B tu, guna la air rebusan ikan tadi.

Dah habis kerja blend memblend, campurkan bahan A n B dalam kuali, eh silap periuk..maafla,aku kompius nama 2 benda nih..=P
Pastu masak la atas api..tambah la air ikut suka kawlah, bubuh 3 keping asam keping,daun kesum,bunga kantan,garam,mak aji..
Tadaa,,dah siap kuah..Yipiii..
Tinggal rebus mee laksa je dan boleh la mencekikkkkk!!
Aep, baca bismillah dulu okeys...

Aku nak cakap yang sedap.....Kihkihkih....^^


p/s: Tunggu kemunculan wajah baru blog aku nanti..=)

Wednesday 10 April 2013

Punca Aku Fobia Dengan Kayak


Kayak??? Bagi orang yang belum pernah atau pun mungkin dah pernah naik kayak, n enjoy that moment, aku pasti mesti "Wah, bestnya berkayak". Oh, tapi tidak bagi aku. Last aku naik kayak time aku tingkatan 4,  and aku akan make sure itu adalah kali pertama dan kali terakhir aku naik kayak yang sangat "annoying" tuh.

Waktu tu aku telah terpilih dengan paksa relanya pergi kem wilderness dekat langkawi. Tapi seriously memang sangat best kem tuh. Dekat situ jugak lah bermulanya sejarah aku dan kayak.

Di keheningan pagi yang indah, kiteorang mula aktiviti dengan berkayak keliling pulau2. Tapi, sebelum berkayak, ujian kene ditempuh dulu. Oh, mengada sungguh la nak ujian2..Tapi penting tuh, mana tau jadi ape2 ke time tengah syok2 dok mendayung2..

Time mula2 naik kayak, fuh eksited sambil nyanyi 
"Dayung sampan,dayung, dayung sampan,Dayung mendayung sampan sampai ke singapura, 
Dayung,dayung. hoi"
Okay encik partner di belakang, tutup telinga.
Encik fasi tuk kumpulan aku pun suruh la kiteorang bersiar2 dulu sampai ke tengah sikit dari tepi pantai..
Bila dah smpai tengah encik fasi pon cakap, "okay semua, kaki sebelah kanan letak keluar bagi cecah air, tangan kiri pegang sisi kayak korang. Bila saya cakap 1, 2,3, tarik kayak tu"
Dan, kecepurrrr!!!!!


Aku bukak mata, aku di lautan nan luas, ahh indahnya permandangan, sejuknyaaaa~~~
Tapi kenapa kaki aku x jejak tanah..
Tolonggg, tolong,,aku lemas,,Tolong...
"Hoi, baju pelampung tu amende"
Hehehehe,,relax la encik partner, aku punya water confident ni zero..= ='

Kami pun dibiarkan terkontang kanting di tengah lautan yang sangat menakutkan aku..huhu.. Tugasan yang diberi, pandai pandai la naik balik kayak dan jumpa kat tepi pantai...daaaa..
Aku tengok kiri kanan, ahli2 kumpulan aku yang lain semua tengah bertungkus lumus terbalikkan balik kayak tu. Aku pun x nak melepaskan peluang. Hampir 3 kali cubaan dengan hadiah minum air masin free ikot mulut, ikot hidung, dapat jugak kayak aku dibetulkan ke kedudukan asal. Tinggal nak naik je..

Encik partner dah selamat naik atas kayak. Giliran aku pulak.
Cubaan pertama gagal, cubaan kedua gagal, cubaan ketiga gagal, cubaan keempat gagal dan cubaan2 seterusnya GAGAL.


Aku cuba dan terus cuba untuk naik kayak. Muka aku pucat, kepala pon dah berpinar, tekak loya tinggal nak di keluarkan je. Seriously sangat2 penat. Encik partner pon bukan nak tolong aku naik, lagi membuatkan aku rasa nak terbalikkan balik je kayak tu..Hoho
Hampir 2O minit berlalu, encik fasi pon datang tanya kenapa. Sebab, ya, tinggal kayak aku je masih berada di tengah lautan. Baru perasan, semua dah blah..Ergghh..

Sinar harapan aku tinggi bile encik fasi ada, Boleh la die tolong tarik aku naik atas kayak. Semangat aku pon datang balik. Tapi, ingatkan panas sampai kepetang , rupanya hujan di tengah hari..


Sampai ke sekarang aku masih x faham,,
Kenapa encik fasi, kenapa..kenapa kau biarkan seorang gadis yang lemah lembut, ayu uwekss,,menjadi seekor koala yang sedang tidur di hujung kayak tersebut. Kenapa tak kau tarik je aku naik atas kayak tu, ataupun kau biarkan saja aku di tengah lautan menunggu putera idaman datang selamatkan aku wahai encik fasi. 

Ketibaan seekor koala sesat  ke tepi pantai di sambut dengan sorakan yang gemuruh.Maluuuuuu woo..Jatuh saham aku..
Ikutkan hati, nak je aku buat buat pengsan..hahaha
Selepas ujian tuh, baru lah kiteorang semua berkayak keliling pulau2, dan aku berkayak dengan sangat berhati2 bagi x terbalik..^^

Dan, itulah puncanya aku x nak naik kayak lagi dah. Sangat sangat serik..Dah la penat berkayak tuh..
Aku nak naik cruise je lah..=D...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura