Friday 28 September 2012

Senarai kedai Untuk Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia




tadaaaaa.....
Kepada siswa siswi sekalian,,dah ada belum KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA ni..
Sape yang belum ambik,,cepat2 g ambik..
Guna x guna belakang kira,,yang penting kad free...^___^

Meh sini aku senaraikan kedai yang boleh guna kad diskaun ni..
Info ni pon aku dapat dari facebook..

SENARAI KEDAI UNTUK KAD DISKAUN 1 MALAYSIA


B̲U̲K̲U̲ ̲/̲ ̲A̲L̲A̲T̲ ̲T̲U̲L̲I̲S̲


• MPH BOOKSTORES (10% off)
• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)
• BORDERS (10% off)
• RONA (5% - 20% off)
• KIANG TRADING (10% off)
• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% - 15% off)
• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)
• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% - 10% off)
• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)

• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)


̲K̲E̲L̲E̲N̲G̲K̲A̲P̲A̲N̲ ̲S̲U̲K̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲E̲R̲A̲L̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲A̲K̲A̲I̲A̲N̲


• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% - 45% off)
• TEXLINE LINO (5% - 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)




̲K̲L̲I̲N̲I̲K̲ ̲K̲E̲S̲I̲H̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲O̲P̲T̲O̲M̲E̲T̲R̲I̲ ̲/̲ ̲C̲E̲R̲M̲I̲N̲ ̲M̲A̲T̲A̲


• POLIKLINIK AN-NISA' (20% off)
• QUALITAS HEALTH (10% offf)
• FOCUS POINT (20% - 50% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% - 60% off)



̲M̲A̲K̲A̲N̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲M̲I̲N̲U̲M̲A̲N̲


• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)

• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)



̲P̲E̲N̲G̲I̲N̲A̲P̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲P̲E̲N̲G̲A̲N̲G̲K̲U̲T̲A̲N̲



• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% - 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)


̲S̲A̲L̲U̲N̲ ̲/̲ ̲P̲U̲S̲A̲T̲ ̲/̲ ̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲K̲E̲C̲A̲N̲T̲I̲K̲A̲N̲

• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% - 20% off)



̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲I̲T̲

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)



L̲A̲I̲N̲-̲L̲A̲I̲N̲


• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% - 15% off)

• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)




Alangkah lagi best kalau ada cik giant ke, cik watson ke,,plus cik guardian sekali..toink toink..heee
Untung2 ade,, nak demand pulak aku ni..haha
Sapa nak guna,,jangan lupa pulak bawak ic ye..Takmo2 tinggal ic bawah bantal..okay??
^____^




Sunday 23 September 2012

Apa motif buat toilet x ada paip??


Kenapa toilet dekat times square x ade paip ye..
Kebanyakan nye memang x de paip..Dalam satu tandas tu,,ade satu je yang ade paip..Yang lain semua x de..
Okay la ade jugak yang ade paip..tapi satu je?????Kalau ramai orang,,x tahan nak ehem ehem,,cemana..

Ade jugak aku teliti betul2..Nak cari mana la sumber air dieorang sorok nih..Okay fine,,memang x ade..+____+
Bila ade cipta yang paip jenis pancut terus dari toilet tu,,x kisah lagi..Sebab sekurang kurang nya ade la sumber air tu walaupon x suka..ni tak,,just ade button flash je..
Tapi ramai jugak aku tengok orang keluar masuk je dekat toilet yang x ade sumber air tu..
musykil jugak la...hohoho

p/s: sakit tekak sebab semalam menjerit tengok Majlis Tunas Putra antara kolej2 kat UPM..yang penting kolej aku dapat no 2..Thumbs up to Kolej 17..hiiiii

Thursday 20 September 2012

nak tumpang tanya plizzzz...




boleh tak sesapa bagi tau kenapa blog aku bila bukak kat komputer lain jadi macam gmbar kat atas tuh..nampak tak yang belah kanan tu...yang aku tunjuk guna anak panah tuh...besor kedabak dah arrow aku buat..mesti sure nampaklah...hahah..

kotak bertindih2 atas tulisan...bloglist aku pon pnjng berjela je..salalu kat laptop aku elok je..x de jadi camtu..kalau scroll pon x berjlana lancar seperti biasa,,ha ,,macam mana tu..hii
korang bukak blog aku jadi macam tu x???cepat gtau....huhuhuhu...

ataupon komputer yang aku tengah guna sekarang ni mungkin gila..adakah???hahaha..

Wednesday 19 September 2012

header baru buatan orang..


toink toink...header baru dah selamat ditampal...
yang penting,,aku ade pengurus tetap untuk buat header2 bagai ni..
semestinya si kakak ku anis..hehe..aku tukang order je..untungnye jadi adik,,,hiihii

asal aku rasa kat blog aku ,,penuh ngn gambar ye...macam gambar aku je yang memenuhi ruang...haha
gedix x muka kat header baru tu...kihkih...biasa je kan...^____^


Tuesday 18 September 2012

Beg bernilai RM 188,000

semalam siyes dalam satu hari boleh jalan satu kl..dari times square ke masjid india ke jalan tar ke sogo..
sampai melecet dah kaki aku..sob sob sob..ingat pakai kasut x melecet,,baik aku pakai selipar fav aku je..tapi dah buruk sangat..kalah selipar yang sesuai duduk di jamban..

Tengah jalan2 g times square, terlalu la satu kedai beg ni..memang lapang je lah x de orang pown..
Ntah macam mane terpanggil pulak nak tengok beg2 kat tepi cermin kedai tu..dari luar je la..x de makne nak masuk..
Ade satu beg tangan tu,,tengok kali pertama harga RM 188 hengget..
Tengok kali kedua RM 188,000 hengget aku habaq mai..terbeliak mata aku n the geng tengok..
Tak puas hati dok usya lagi la beg tu,,mata fokus tengok betul2...memang aku boleh nampak lagi la walaupon rabun dengan bantuan lens coklat aku...hii

RM 188,000 okay...tolonglah percaya..ini kisah benar...harga sebuah beg bersamaan dengan harga sebuah rumah..OMG..
Boleh tak aku nak tanye.. ade orang beli ke????
Mungkin orang yang memang bersepah2 duit dekat rumah yang siap buat frame gantung kat umah sampai tak tahu nak buat ape dah kot..
Takpe,,kalo x tau nak buat ape dengan duit tu,,boleh bagi aku,,aku terima seadanya...hiii


gambar selingan yang x ade kene mengena dengan beg..muka nak nangis sebab jenuh nak menghabiskan benda alah tubeli kat creepe 2u..sangat besar okeyh....kalau nak beli,,silalah share dengan kawan..jangan tamak haloba..hahaha

berjimba di kedai creepe 2u..



Sunday 16 September 2012

Selamat hari Jadi Nenek ku

Happy besday to you,
Happy besday to you, 
Happy besday to embah*dalam bahasa jawa
Happy besday to you...



Ni la nenek aku ...
Walaupon dah berusia,,tapi still kuat ag...tips nye, minum la jamu nenek aku..sapa yang sanggup nak minum la..haha


Saturday 15 September 2012

Kalau Kau Tinggalkan Aku,Kau Pon Aku Bunuh

Amacam ayat aku,,ganas x...ade sesapa berani nak tinggalkan aku,,nak rasa kene bunuh...?
Ops,,okay2,,,jangan percaya..itu bukan ayat aku,,tolong jgn percaya sama sekali..Aku yang dot dot dot ni x kan nk keluar ayat cmtu..kihkih..nak bunuh nyamuk tu boleh la,,sebab menyakit kan hati dok gigit orang je..tau la darah manis...hii

Ayat ni dipetik dari cerita 8 jam..Saheizy Sam punye dialog untuk Yana shamsudin..
Style gile ayat die,,gile kentang..haha...

Korang dah tengok lom cerita 8 jam ni...nak aku buat review??cakap je la nak eh..hii..aku baru je tengok,,,dah lama kuar wayang,,baru sekarang tengok..sebab download je sudah...hohoho

Sinopsis:
ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.

Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.

Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.

Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.

Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.

Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.

Disebabkan cerita ni dah lama pon keluar wayang,,meh la aku gtau...haha..Korang mesti ramai dah tengok kan..
Si Alang ni la emosional sangat g bunuh Julia sebab dapat tau yang Julia dah bertunang..Tengok la ayat die,,Kalau kau tinggalkan aku,,kau pon aku bunuh..Memang rasa terancam la kalau camtu kan....kesian Julia x pasal2 mati...Sedih....Ade sape2 nangis x tengok cerita ni..tutup muka bawah bantal ke...ade??hiii

sape kate dieorang comel,,sila buat muka comel cepat...hii..^__^


Friday 14 September 2012

Pemakaian Spek dot dot dot

Hai uolls...sejak sejak baru start sem baru ni,,asyik update status je...Tapi x de la setiap hari sampai berkali kali sebab x de idea ma..hoho....nanti bile dah start test,,,mesti buzy pulak nak g dating baca lecture note yang bertimbun timbun,,,

Okay,,stop mukadimah,,berbalik kepada tajuk diatas..
sape rabun,,,angkt tangan....aku dah angkat tangan jugak ni..=)
Kalau muda muda macam ni,,biasanya rabun jauh la kan..kalau warga yang dah berusia lebih kepada rabun dekat,,macam mak aku..kalau rabun warna,,jarang nak jumpa macam adik laki aku la,,,warna pon x dapat beza...


eh,,,mesti x pernah tengok gmbar aku pakai spek kan..sila tengok diheader,,di kanan blog,,semua gambar x de pon pakai spek..untuk pengetahuan uolls,,i ni rabun..yang agak tinggi jugak la power...300..amacam,,,bese la tu kot..hee

Aku lebih berminat pakai lens dari spek..sebab..sebab lens bnyak warna,,leh nak pakai hijau ke biru ke pink ke..okay tipu,,jgn percaya..hii...aku suka pakai lens,,tapi x de la warna warni pon,,coklat je,,juz nice..kehkeh..

aku ni jenis rimas la pakai spek,,sebab mata macam berkuwap pulak,pastu macam peluh...x suke,,tapi nak wat cam ne...certain case kalau mata dah penat sangat pakai lens, atau lens dah expired atau memang mud malas,,terpaksa la jugak pakai spek..kalau duk dalam umah je,,memang pakai spek je la,,x kan nak pakai lens pulak.rajin bebeno...bile x pakai spek atau lens,,mata leh jadi sesepet sepetnye sebab beria pulak nak fokus...x nampak..haha

Jadi,,kepada budak2 kecik,,silalah jaga mata anda elok2...bila dah rabun,,baru nak menyesal cam aku ni la.tapi ape pon,,bersyukur jugak sebab still boleh tengok lagi dengan bantuan la..

sumber:google
makan carrot bnyk2 taw...=)..

Wednesday 12 September 2012

petua menghilangkan sedu

Sedu atau dalam bahasa jawanya Cekuk sangat la x best..Lagi2 bila sedu lama sangat..asyik erk,,erk erk..
Orang kata kalau sedu ni nak besar,,tapi aku kerap jugak sedu..ai,,x besar besar lagi ke..21,,dah besar la tu..hihi

Macam2 cara buat,,minum air la,,tahan nafas lama2 la..kadang tu x menjadi jugak..
Dulu time aku kerja jadi cashier kat satu kedai ni,,tengah dok kira kira orang punya barang,,time tu la nak sedu nya..x enti2..
Makcik yang tengah nak bayar tu pon tetibe bukak mulut..die cakap la.."Semalam acik nampak awak kat pekan dengan budak2 laki lepak2...awak sorang je pompuan...dah tengah2 maghrib tu dok lepak2 dengan dieorang"

Aku pon siyes terkejut gila la bile makcik tu cakap macam tu..Ha,,bile masa pulak..setau aku,,aku dok kerja je semalamnya..x de pulak lepak2 ngn budak2 laki,,kawan2 laki kat situ pon mane ade..Terkejut gila la..makcik ni biar betul..


Ha,,macam ni la aku buat muke terkejut aku depan makcik tu...sila percaya..
sumber gambar : google

X lama,,makcik tu pon cakap,,ha tu sedu dah hilang pon..baru aku perasan,,aku dah x sedu dah dek kerana terkejut sampai buat muka gila terkejut cenggitu..haha
Makcik tu kata,,camni la nak hilangkan sedu,,bagi orang tu terkejut..terus hilang..
Terima kasih makcik sebab berjaya menghilangkan sedu dan menterkejutkan aku...hoho


Tuesday 11 September 2012

Latihan Industri..Adoyai

Semalam dok kecoh2 sebelah umah aku ni pasal nak pilih hospital untuk latihan industri next year..
Semua dok berebut2 la nak tulis nama kat hospital mane...sebab 1 hospital just 3 hingga 5 orang je..

Aku pon dok belek2 x de ke hospital yang dekat2 dengan umah aku..
Okay fine x de...semua hospital2 besar je k..hospital kat umah aku tu kecik je,,setingkat..hoho
Dekat hospital serdang ade jugak kosong lagi..
Tapi.........
Tolong la,,,asyik ade kat serdang je.....nak keluar negeri lain boleh x...hihi

Cadang nya, aku ngn sorang housemate aku ni nak wat kat terengganu..lagipon,,umah die dekat je dengan hospital tu la..x de la seram sangat kan ,,ade kawan..
Tapi bila pikir balik,,pikir dok pikir,,jauh sangat la terengganu...bulan pose lak tu...homesick nanti cemana..huwaaa..

Dan amik la keputusan buat dekat hospital seremban..akak aku ade sorang dok PD..boleh la duk umah die ulang alik atau sewa umah dekat sebelah hospital tu je..ade x..
Kalau wat kat nogori,,x de la jauh sangat..leh balik bukak pose kat umah...itu je y ko pikir azi..haish

Dan ade satu lagi masalah yang sangat besar besar besar dan besar..
Serius x ready nak LI..bende haram aku belaja pon aku x tau..tu la main2 lagi tyme belaja...
+_______+




Monday 10 September 2012

Kuliah Harus Di Tempuh

Selepas dua bulan lebih bercuti sakan tanpa buat apa2..
Hanya menjadi penternak lemak yang berjaya..
Sesiapa yang nak membeli lemak,,sila pm aku ye..
Aku kasi murah..
Lelong lelong lelong...heee

Upm sudah selamat aku jejaki petang semalam..semalam x sempat nak hupdate
Tamat jugak cuti semester kali ni...

Ade satu berita baik dan satu berita buruk..
mana nak dengar dulu...

Okay,,berita baik dulu lah,,berita baik nya,,aku dapat umah tingkat 2..yes..yahoo..x payah lagi aku nak jejak kaki ke tingkat 4..aka tingkat 5 sebab ade ground floor..

Dan berita buruk nya,, pagi kuliah start pukul 8 pagi untuk 3 hari berturut2..
8 PAGI!!!!
Okay fine..huhuhu


Sunday 2 September 2012

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3


jom pakat2 tambah kan kenalan..makin ramai kenalan,,makin menambah ukhwah gitu..hiihii
nak join boleh klik banner okeh..

aku seorang blogger selangor..
pengikut seramai 418




Saturday 1 September 2012

Buah rokan kene gelek2 sebelum makan ye..

sumber google
Ini namanya buah rokan..
Korang pernah makan tak..
Aku pon sebenarnya x ingat pernah makan ke x..
Tapi hari tu,,kakak aku kata pernah makan tyme kecik2 dulu..kalau die pernah makan,,mesti la aku pernah makan jugak kot..cume hilang ingatan..hoho

Kakak aku cakap:
Dulu buah ni,,tyme die makan masam gila2 lah punya masam..
Sekarang,, baru tau rupenya ada cara nak bagi buah tu manis.
Bunyi macam pelik..
yang masam boleh jadi manis...magic..

Caranya before makan buah tu..gentel atau gelek2 la buah tu sampai la lembut gune tapak tangan ke,,tapak kaki ke..ups,,over la tu..
Pastu baru la boleh dimakan begitu sahaja..
Baru lah sweetttttt...^____^

aku dengar kakak aku cerita pon macam pelik je,,ape la susah benor nak makan buah siap kene gelek2 bagai..
HAHA
kalau ade yang suke massam ,,x yah la gelek..kalau nak manis,,gelek..wah,,bez jugak..hihi..
tapi mane nak cari lagi ye buah ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura