Saturday, 2 February 2013

Review Drama City Hunter

At last, dalam masa 2 hari aku berjaya menghabiskan satu drama korea.
Sebenarnya dah lama cerita CITY HUNTER 2O episodes ni ada dalam laptop aku, tapi mood untuk tengok tak ade lagi.
So, biarlah dia bersarang sampai buat sarang labah labah dekat dalam laptop aku pon takpe.
Bila datang mood, baru lah aku tengok.

Seriuously cerita ni sangat best.
tambah tambah pulak LEE MIN HO, my hero pujaan hati berlakon.
wink wink
melting melting....^__^
Sape rasa die hensem angkat tangan....
pinjam pakcik google

pinjam pakcik google

Cerita ini berunsurkan action, suspense and romance.

Lee Min Ho memegang watak sebagai Lee Yoon Sung telah diculik dari maknya semasa bayi dan dibesarkan oleh ayah angkatnya, Jin Pyo di pergunungan Thailand. Jin Pyo hendak membalas dendam terhadap 5 orang ahli politik yang telah menyebabkan 2O orang askar terbunuh oleh pasukan sendiri semasa menjalankan misi 28 tahun yang lalu. Dan salah seorang dari 2O orang askar yang terbunuh adalah ayah Yoon Sung. Oleh itu, Jin Pyo telah mendidik Yoon Sung berlawan dan bermain senjata supaya dapat membalas dendam atas kematian bapanya. Yoon Sung telah dihantar untuk menjadi team IT Blue House di korea supaya mudah untuknya mencari maklumat mengenai 5 ahli politik tersebut dan dapat melunaskan dendamnya. Tetapi, akhirnya telah jatuh cinta terhadap salah seorang pengawal peribadi Blue House, Kim Na Na dan sekaligus telah meletakkan orang sekeliling yang disayang berada dalam bahaya apabila dia dan ayah angkatnya mula berlainan pendapat.


Overal aku rasa cerita ni best.......... Cerita ni dah lama dah tak silap aku. Sapa2 yang belum tengok lagi, try la tengok..Lepas ni nak tengok cerita faith pulak, cerita terbaru lee min ho berlakon..hehe..Semua cerita dia berlakon aku dah tengok dah..^___^



8 comments:

HAJAR said...

City hunter?
Tak silap ada kat 8tv haritu.Tak taulah dah habis ke belum sebab x pernah tengok pun..
Tengok iklan mcm best tapi situasi tak mengizinkan..sob.sob..:'(

Rapunzeel Cikilolo said...

cerita pasal dendam la ni?

okey, boleh layan :)

the malay male said...

ada citer bollywood nak review tak? huhu

MizzTina said...

Mcm kakak akak, giler drama korea.. akak zaman blajar dl leh la.. skang mls nk addict sgt.. hehehe

~didiey~ said...

pernah kuar kat tv sebelum ni.skrg ni ada lg..best!

nuyui a.k.a miss YUI said...

dok tgk tv8..

ayut said...

oh korea...hihihi..skrg mcm nk tertgk drama I miss u kat tv9 tu...mcm best

kay_are said...

bace sinopsis cite macam best cume sebab jarang tengok tv kat umah sewa langsung takde kesempatan nak tengok cite ni.. hmm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura