Saturday 15 September 2012

Kalau Kau Tinggalkan Aku,Kau Pon Aku Bunuh

Amacam ayat aku,,ganas x...ade sesapa berani nak tinggalkan aku,,nak rasa kene bunuh...?
Ops,,okay2,,,jangan percaya..itu bukan ayat aku,,tolong jgn percaya sama sekali..Aku yang dot dot dot ni x kan nk keluar ayat cmtu..kihkih..nak bunuh nyamuk tu boleh la,,sebab menyakit kan hati dok gigit orang je..tau la darah manis...hii

Ayat ni dipetik dari cerita 8 jam..Saheizy Sam punye dialog untuk Yana shamsudin..
Style gile ayat die,,gile kentang..haha...

Korang dah tengok lom cerita 8 jam ni...nak aku buat review??cakap je la nak eh..hii..aku baru je tengok,,,dah lama kuar wayang,,baru sekarang tengok..sebab download je sudah...hohoho

Sinopsis:
ALANG, membesar di sebuah lorong yang penuh dengan keganasan dan jenayah. Zaman kanak-kanak Alang dirampas daripadanya apabila ibunya mati dibunuh seorang Ah Long semasa mereka cuba melarikan diri daripada kawasan jahanam tersebut.

Alang yang tidak mempunyai sedara mara yang lain telah dihantar ke rumah anak-anak yatim. Alang menghadapai kesukaran untuk bergaul dengan rakan — rakan sebayanya yang lain dek kerana cara kehidupannya yang dulu namun muncul JULIA, yang tidak putus-putus cuba untuk berkawan dengannya.

Keikhlasan Julia menyebabkan mereka menjadi kawan baik sehinggalah mereka meningkat umur belasan tahun. Hubungan persahabatan mereka lama kelamaan bercambah menjadi cinta. Namun, hubungan mereka terputus ditengah jalan kerana Julia telah dituntut oleh mak ciknya.

Atas desakan mak cik Julia, pihak sekolah telah merahsiakan alamat dan no telefon Julia sehingga Alang dan Julia tidak lagi berjumpa. Alang akhirnya kembali ke kehidupannya semasa kecil. Alang cuba untuk hidup dengan aman namun munculnya beberapa konco daripada satu geng meminta wang perlindungan. Alang yang bengang telah bergaduh dan menyebabkan dia menjadi sasaran geng tersebut.

Ditakdirkan Alang bertemu semula dengan Julia yang sedang dalam keadaan kesusahan. Alang yang terlalu cintakan Julia menerima Julia dengan gembiranya dan mengharapkan Julia akan sentiasa bersamanya. Namun, kebahagiaan mereka hanya sementara apabila muncul mak cik Julia menuntut Julia kembali dan konco-konco geng tersebut sering menghantui Alang.

Kini, Alang berada di dalam penjara kerana dia telah membunuh seseorang. Siapakah yang telah menjadi mangsa Alang? Mengapakah Alang bertindak sedemikian? Dapatkah Alang dan Julia hidup bersama semula? Semuanya akan terjawab dalam filem ’8 JAM’.

Disebabkan cerita ni dah lama pon keluar wayang,,meh la aku gtau...haha..Korang mesti ramai dah tengok kan..
Si Alang ni la emosional sangat g bunuh Julia sebab dapat tau yang Julia dah bertunang..Tengok la ayat die,,Kalau kau tinggalkan aku,,kau pon aku bunuh..Memang rasa terancam la kalau camtu kan....kesian Julia x pasal2 mati...Sedih....Ade sape2 nangis x tengok cerita ni..tutup muka bawah bantal ke...ade??hiii

sape kate dieorang comel,,sila buat muka comel cepat...hii..^__^


9 comments:

Lelaki said...

xsempat nak tengok!

MisS BubBLe said...

hee, dh tgk pn.. Mmg takut kalo dpt yg garang mcm tu..;p

syiela said...

belum tgk lagi...

BidadariBesi [SYAA] said...

Dah tengok. Tapi macam boring sikit cerita ni. Heehe

Pha Is said...

belom tengok lagi...

tapi yana samsudin serius nmpak cute dlm tu.. hehehe

Everything's Everythings said...

Best betul baca sinopsis dia..
tpi dah tertau plak ending dia hak2 xD

c!kon!ech!c said...

aku tgok cite ni ngan syuk....
adoi sedih aku azee...
sedih + nangeh = malu la....
hehehehe....

Nurul Husna Mohd Hassan said...

tak tengok pun lagi. oo azee mesti nangis ni kan? :)

Globe-Rider said...

Ayat giler kenyang.. heheheee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura