Friday, 19 April 2013

Blog Bertukar Wajah..

Assalamualaikum....

Hai Hai..Perasan x ape yang lain dekat sini....Comel x kak Ton  , eh silap..Comel x blog aku???? =D
Tapi mesti lah bukan aku yang edit. Dengan idea yang kayu macam aku ni, boleh stress bab edit2 camni..
Tambah kena main dengan kod kod bagai yang  boleh buat mata aku pusing pusing tanpa henti, baik aku suruh orang tolong edit kan.. Senang kerja aku..Hihi..

Godek2 pakcik google kesayangan aku, terjumpa lah satu blog ni yang sediakan perkhidmatan mengedit blog. Harga mestilah aku tengok no 1, agak2 aku mampu, haa jalan..

Adik Comel ni lah yang mengeditkan blog aku ni..
Mana tau ada sapa2 nak edit blog ke,,meh tempah kat aku..kompem2,setahun pon belum tentu siap..=P
Jom la terjah Adik Comel ni, kot2 nak tempah ke..
Aku punya full edited RM15 ringgit, campur header sekali..
Yang penting, aku puas hati. Dekat header pon dah x letak gambar sedepek muka aku..Malu pulak letak gambar sendiri..kihkihkih


Friday, 12 April 2013

First Time Masak Laksa..

Assalamualaikum

Rasanya macam dah lama x rajin menjenguk blog2 kawan2 yang aku sayanggggg sangat sangat..Hehe
Lagi 3 hari broadband yes terchenta aku ni dah nak expired contract. So,automatik akan bertukar jadi prepaid.Macam x rajin nak topup menopup. Lepas ni,terpaksa lah aku mengonline guna line yang di 'hadiahkan' UPM kepada student2 yang sangat memerlukan macam aku ni. Cuma boleh tak tolong pasangkan sebijik modem wifi tu kat bilik aku. Balasannya aku akan cuba jadi pelajar yang cemerlang dan terbilang. HehHeh

Dan buat pertama kali nya dalam hidup aku selama 21 tahun berapa bulan ntah x pasti, aku masak laksa weyhh.. Sendiri okay, tanpa bantuan sesiapa, emm cuma resepi mak aku la. Ngeee..Yeahh,,aku sangat bangga dengan diri aku, terima kasih mak abah yang telah bagi sokongan dan dorongan, x lupa kawan2 yang sudi support aku jugak, dan semua lah yang terlibat..sambil lap air mata ngn hingus yang meleleh, sob sob..
Muahahaha

Inilah hasilnya..


Nampak tak apa yang ganjil kat laksa tu..Kehilangan telur kuning..Ni sebenarnya aku hidang tuk mak aku. Baru terpikir nak tangkap gambar. Aku dah makan awal2 dah, kebulur okay..Disebabkan aku x makan telur putih tu, so aku amik alternatif lain dengan curik kesemua telur2 kuning je, Dan tinggallah telur putih berlubang x de yang kuning..Sian mak aku makan putih telur je..Mintak ampun mak!! hihihi

Dan ini adalah first entry aku masak memasak, aku x kira, nak jugak letak resepi walaupun semua orang mesti dah tau kan. Ahh, x kisah la, aku punya suka lah..^^

Bahan A
Segenggam cili kering
2 biji bawang besar
Seinci Belacan

Bahan B
6 ekor ikan kembung direbus,asingkan tulang dan isi [Sebab aku guna 6 ekor je tadi..Hee]

Okay, Bahan A tu kisar ye lumat2..Disebabkan aku ni memang x suka langsung kalau dalam kuah laksa tu ada biji cili kering dengan serpihan2 cili yang x hancur tu, jadi aku pon blend lama2..Sebijik biji cili n serpihan2 cili x hancur tu memang x ade langsung..Halus,mulus macam muka aku..Jangan lempang laju2 ye..=D
Seronok je makan xyah asing2kan..Haha

Untuk bahan B pulak blendkan isi ikan..Ketepikan..Ha, pastu aku blend pulak tulang ikan,lumat2. Pastu tapis okay. Kang ada jugak mati tercekik tertanam tulang ikan dalam perut.. Blend bahan B tu, guna la air rebusan ikan tadi.

Dah habis kerja blend memblend, campurkan bahan A n B dalam kuali, eh silap periuk..maafla,aku kompius nama 2 benda nih..=P
Pastu masak la atas api..tambah la air ikut suka kawlah, bubuh 3 keping asam keping,daun kesum,bunga kantan,garam,mak aji..
Tadaa,,dah siap kuah..Yipiii..
Tinggal rebus mee laksa je dan boleh la mencekikkkkk!!
Aep, baca bismillah dulu okeys...

Aku nak cakap yang sedap.....Kihkihkih....^^


p/s: Tunggu kemunculan wajah baru blog aku nanti..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura