Thursday, 24 January 2013

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Pelupa

Assalamualaikum

Salam maulidur rasul~~

Tadi bukak facebook, keje aku scroll je la home page tu sampai busan. Orang duk sibuk update status. Aku pulak, PENYAKIT MALU nak update status belum ada ubat lagi. Haha. Jadinya keje aku baca je status orang kat home tu. Agak2 menarik aku LIKE, agak2 yang tak menarik, yang aku rasa macam tak payah tulis pon tak ape kot, aku UNLIKE. Eh, sejak bile button unlike ada dekat facebook..Huhu

Terjumpa la satu artikel yang mengatakan ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa. Bahaya okay penyakit pelupa ni. Lagi lagi kita ni yang masih muda, sihat, bertenaga, cergas, okay stop!
Time time macam ni la kite kena guna banyak daya ingatan. Kalau cepat lupa kan susah. Jadi la macam aku, sebelum exam beria ria menghafal, ingat ni dari A sampai Z , susun dalam otak siap ade folder lagi ikut chapter (okay tipu), tapi bile bukak je kertas soalan, automatik otak blank. Berterabur jawapan dalam otak. Lupa apa yang dah aku hafal.
+___+

gambar pinjam pakcik google

So. ini adalah beberapa makanan yang patut dielakkan selagi yang boleh:

1. Banyak makan epal yang sudah masam

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah - buahan

3. Banyak makan bawang besar

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering

5. Memakan kepala ikan

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan

7. Makan sehingga terlalu kenyang

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet.Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food).Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh mengumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Hummmm,, aku sangat suka makan asam ngn jeruk buah buahan. Kepala Ikan pon suka jugak. Pekena kari kepala ikan , boleh bertambah la nasi. Patutla aku cepat lupa. Lepas ni kena cuba kurangkan..Hihihi
Tak nak la muda muda dah ada penyakit pelupa.

gambar pakcik google

sumber

8 comments:

Merok said...

Muda-muda pelupa, dah tua nyanyok..

Sue Bee said...

kenapa lah kepala ikan tu termasuk dlm kategori?..sedeyyy tau!!!

Anonymous said...

baru tau, tak boleh makan bawang besar banyak-2...

Anonymous said...

thanks ats perkongsian...

aku selalu sasul nama orang. tu pelupa gak ke?

hehehe.

Unknown said...

ala....ada yg didiey suka..hehe

nuyui a.k.a miss YUI said...

tq share dear..hihi

nursuriani said...

hahahah. tenkius bagithua! ermmmm patut laaa asyik lupa jerk aku neh banyak makan benda2 yang suka lupa hehehe

Unknown said...

heheh adehh patutla mudah lupa.. oke pasni nak kurangkan (berangan)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura