Assalamualaikum
Salam maulidur rasul~~
Salam maulidur rasul~~
Tadi bukak facebook, keje aku scroll je la home page tu sampai busan. Orang duk sibuk update status. Aku pulak, PENYAKIT MALU nak update status belum ada ubat lagi. Haha. Jadinya keje aku baca je status orang kat home tu. Agak2 menarik aku LIKE, agak2 yang tak menarik, yang aku rasa macam tak payah tulis pon tak ape kot, aku UNLIKE. Eh, sejak bile button unlike ada dekat facebook..Huhu
Terjumpa la satu artikel yang mengatakan ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa. Bahaya okay penyakit pelupa ni. Lagi lagi kita ni yang masih muda, sihat, bertenaga, cergas, okay stop!
Time time macam ni la kite kena guna banyak daya ingatan. Kalau cepat lupa kan susah. Jadi la macam aku, sebelum exam beria ria menghafal, ingat ni dari A sampai Z , susun dalam otak siap ade folder lagi ikut chapter (okay tipu), tapi bile bukak je kertas soalan, automatik otak blank. Berterabur jawapan dalam otak. Lupa apa yang dah aku hafal.
So. ini adalah beberapa makanan yang patut dielakkan selagi yang boleh:
1. Banyak makan epal yang sudah masam
2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah - buahan
3. Banyak makan bawang besar
4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering
5. Memakan kepala ikan
6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan
7. Makan sehingga terlalu kenyang
8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus
9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah
10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam
11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet.Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food).Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh mengumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Hummmm,, aku sangat suka makan asam ngn jeruk buah buahan. Kepala Ikan pon suka jugak. Pekena kari kepala ikan , boleh bertambah la nasi. Patutla aku cepat lupa. Lepas ni kena cuba kurangkan..Hihihi
sumber
8 comments:
Muda-muda pelupa, dah tua nyanyok..
kenapa lah kepala ikan tu termasuk dlm kategori?..sedeyyy tau!!!
baru tau, tak boleh makan bawang besar banyak-2...
thanks ats perkongsian...
aku selalu sasul nama orang. tu pelupa gak ke?
hehehe.
ala....ada yg didiey suka..hehe
tq share dear..hihi
hahahah. tenkius bagithua! ermmmm patut laaa asyik lupa jerk aku neh banyak makan benda2 yang suka lupa hehehe
heheh adehh patutla mudah lupa.. oke pasni nak kurangkan (berangan)
Post a Comment