Kayak??? Bagi orang yang belum pernah atau pun mungkin dah pernah naik kayak, n enjoy that moment, aku pasti mesti "Wah, bestnya berkayak". Oh, tapi tidak bagi aku. Last aku naik kayak time aku tingkatan 4, and aku akan make sure itu adalah kali pertama dan kali terakhir aku naik kayak yang sangat "annoying" tuh.
Waktu tu aku telah terpilih dengan paksa relanya pergi kem wilderness dekat langkawi. Tapi seriously memang sangat best kem tuh. Dekat situ jugak lah bermulanya sejarah aku dan kayak.
Di keheningan pagi yang indah, kiteorang mula aktiviti dengan berkayak keliling pulau2. Tapi, sebelum berkayak, ujian kene ditempuh dulu. Oh, mengada sungguh la nak ujian2..Tapi penting tuh, mana tau jadi ape2 ke time tengah syok2 dok mendayung2..
Time mula2 naik kayak, fuh eksited sambil nyanyi
"Dayung sampan,dayung, dayung sampan,Dayung mendayung sampan sampai ke singapura,
Dayung,dayung. hoi"
Okay encik partner di belakang, tutup telinga.
Encik fasi tuk kumpulan aku pun suruh la kiteorang bersiar2 dulu sampai ke tengah sikit dari tepi pantai..
Bila dah smpai tengah encik fasi pon cakap, "okay semua, kaki sebelah kanan letak keluar bagi cecah air, tangan kiri pegang sisi kayak korang. Bila saya cakap 1, 2,3, tarik kayak tu"
Dan, kecepurrrr!!!!!
Aku bukak mata, aku di lautan nan luas, ahh indahnya permandangan, sejuknyaaaa~~~
Tapi kenapa kaki aku x jejak tanah..
Tolonggg, tolong,,aku lemas,,Tolong...
"Hoi, baju pelampung tu amende"
Hehehehe,,relax la encik partner, aku punya water confident ni zero..= ='
Kami pun dibiarkan terkontang kanting di tengah lautan yang sangat menakutkan aku..huhu.. Tugasan yang diberi, pandai pandai la naik balik kayak dan jumpa kat tepi pantai...daaaa..
Aku tengok kiri kanan, ahli2 kumpulan aku yang lain semua tengah bertungkus lumus terbalikkan balik kayak tu. Aku pun x nak melepaskan peluang. Hampir 3 kali cubaan dengan hadiah minum air masin free ikot mulut, ikot hidung, dapat jugak kayak aku dibetulkan ke kedudukan asal. Tinggal nak naik je..
Encik partner dah selamat naik atas kayak. Giliran aku pulak.
Cubaan pertama gagal, cubaan kedua gagal, cubaan ketiga gagal, cubaan keempat gagal dan cubaan2 seterusnya GAGAL.
Aku cuba dan terus cuba untuk naik kayak. Muka aku pucat, kepala pon dah berpinar, tekak loya tinggal nak di keluarkan je. Seriously sangat2 penat. Encik partner pon bukan nak tolong aku naik, lagi membuatkan aku rasa nak terbalikkan balik je kayak tu..Hoho
Hampir 2O minit berlalu, encik fasi pon datang tanya kenapa. Sebab, ya, tinggal kayak aku je masih berada di tengah lautan. Baru perasan, semua dah blah..Ergghh..
Sinar harapan aku tinggi bile encik fasi ada, Boleh la die tolong tarik aku naik atas kayak. Semangat aku pon datang balik. Tapi, ingatkan panas sampai kepetang , rupanya hujan di tengah hari..
Sampai ke sekarang aku masih x faham,,
Kenapa encik fasi, kenapa..kenapa kau biarkan seorang gadis yang lemah lembut, ayu uwekss,,menjadi seekor koala yang sedang tidur di hujung kayak tersebut. Kenapa tak kau tarik je aku naik atas kayak tu, ataupun kau biarkan saja aku di tengah lautan menunggu putera idaman datang selamatkan aku wahai encik fasi.
Ketibaan seekor koala sesat ke tepi pantai di sambut dengan sorakan yang gemuruh.Maluuuuuu woo..Jatuh saham aku..
Ikutkan hati, nak je aku buat buat pengsan..hahaha
Selepas ujian tuh, baru lah kiteorang semua berkayak keliling pulau2, dan aku berkayak dengan sangat berhati2 bagi x terbalik..^^
Dan, itulah puncanya aku x nak naik kayak lagi dah. Sangat sangat serik..Dah la penat berkayak tuh..
Aku nak naik cruise je lah..=D...
9 comments:
hahahahahahahaa.. itu rupanya sebab dia.hehehehe. nasib baik tak ada jerung. kalau tak dah lama awak kena kokak.hehehe
cerita ko lawak
tapi kalo aku jadi ko pun aku fobia dah...
Laa..mcm mana prince nak bawak princess pegi kayak nti :P
@boni kacak
kalau ada jerung,,x de la entri ni..haha
@Rapunzeel Cikilolo
mmg fobia x nak naik dah smpai bile2 ..huhu
@Anonymous
kite naik cruise je lah tuan putera..haha
hehehe cam lucu lah pulak !
Mahalll..naik smpan :P
off white x nike
canada goose jacket
supreme clothing
kyrie 6 shoes
kenzo
calvin klein outlet
pandora
longchamp handbags
jordan 1 low
hermes birkin
Post a Comment