Tuesday, 19 February 2013

Benda yang Selalu Hilang!

Assalamualaikum..

Penat betul lah tunggu mengloading je. Berukband Yes dah habis data. Slow mlow la jalan macam siput baby hilang cengkerang. Jap, Nak tanya. Sape kat sini same macam aku guna berukband Yes ni?? Angkat tangan tinggi2. Memang berukband ni cepat habis kuota ke. Ataupun data gb aku langgan kecik je, 1.5 GB. Lepas ni aku nak langgan 1O GB lah. Hamboiiii,, banyak duit mung ni azee.

Okay back to the topic. Kalau korang, apa dia yang benda korang karap sangat mencari dalam hidup ni..hihhi..
Tapi,kalau bagi aku banyak jugak yang aku selalu kene mencari sebab ntah mane2 lah aku letak..
sebagai contoh:


1. Spek Mata


sumber google

Benda yang selalu sangat kena cari, terutamanya lepas habis mandi. Menggagau cari. Kadang berminit2 lah mencarinya nya. Dengan tahap rabun aku yang agak kuat ni, macam mana nak jumpa kan kalau dah x nampak. Terpaksa mengecikkan mata aku dan mula memfokus sehabis boleh.
Sesiapa yang pemakai spek tu mesti dah rasakan STRESS nya nak cari spek.
+____+

2.Getah Rambut

Salah satu bende jugak yang aku rasa ade kaki. Cuba korang cek letak bawah microsope yang paling kuat sekali siap letak oil immersion tu, aku percaya mesti ade beribu ribu kaki sedang bergerak nak meloloskan diri. *merepek. Dan oleh sebab itu, aku telah mengorbankan rambut aku dengan memotong pendek. Jadi tiada masalah getah rambut hilang lagi.

sumber google
Habis x leh nak feeling2 iklan rejoice dah.

3. Sikat

Time kecik2, mak aku siap ikat dengan tali lagi sikat ni dekat dinding. Biasa la, dapat anak macam aku, sikat rambut depan tv, tinggal je kat situ. Sikat rambut kat beranda tinggal je kat situ. Kaya kilang sikat kalau semua pengguna macam aku. Sekarang ni pon, kalau pagi2 nak g kelas aku x jumpe sikat aku, guna jari pon boleh,,, tipu sebab aku buat x boleh2 pon..

4. Kerongsang

Ini kalau beli satu papan pon habes, kalau beli dua papan pon habis. Ntah2 aku ade sindrom mengigau makan kerongsang kot. Jadi aku guna alternatif lain. Tak beli dah kerongsang yang kecik2 singgit satu tu. Murah!! Wah, berlagak. Sekarang pakai kerongsang yang besar, mahal2. Baru la terjaga rapi. Hehehe

5. Kunci

Kalau kat umah, nak guna moto ke, guna kereta ke mesti ayat yang paling famous akan keluar ddari mulut    " kunci mana kunci" Kalau boleh, satu rumah nak geledah, bawah sofa, belakang tv, bawah katil, almari, dalam periuk nasi, okay over la tuh..

Boleh tak kalau aku nak bagi cadangan , disebabkan teknologi kita dah makin canggih sekarang, apa kata buat barang2 yang boleh di miss call. Macam telefon,miss call je, dah tau dekat mana tersorok..HUHUHU


6 comments:

Cik Rose said...

Ros guna P1.. setakat ni, ok :)

Sikat ngan getah rambut tu, memang ada kaki tau.. hahhaha. Ros pun alami benda yang sama.. kalau keronsang ngan kunci tu kurang sikit.. memang selalu jaga :) hihihi

Anonymous said...

he he biasalah tu

SHAZRIZAL SHAHMY said...

paling geram bila speck mata ilang...sabo jelahh

Rann said...

SIKAT RAMBUT TUH! eh tercaps lock pulak :P kalo sebelum tido mesti tya, "nmpk sikat aku tak? mana sikat aku?" ishh! --"

ayut said...

ok..cermin mata mmg slalu ilang...tak suker...hahahhaha *padahal sndrik lupa ltak mana ==!*

Unknown said...

sikat rambut tu!
lebih2 lebih lagi bila adik guna,hah bila kita nak guna tercari2 je.
geram jugak kadang2.
hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura