Friday, 25 January 2013

Penggunaan 'AKU'

Assalamualaikum

Bagi kita penggunaan aku ni biasanya digunakan dengan member2 je..Itu pon selalunya dengan member2 yang sebaya dengan kita. Kalau umur lebih tua, panggil kakak. Kan lebih hormat. Tapi ni biasanya di apply oleh kaum perempuan je. Kalau kaum lelaki pulak tak kisah kalau umur tu tak berapa nak jarak sangat. Sempoi. Kau Aku Gua Lu Hang Mung ikut suka korang lah. Janji selesa ye dak. Betul tak kaum lelaki??

Kaum perempuan kan lebih sopan. Aku la tu. Okay tolong jangan perasan ye. Ntah tang mana nya aku sopan. Lemah lembut tu mungkin la. Ups, sekali lagi jangan termuntah..heee.. Ada jugak antara kita guna saya awak walaupun rapat. Tak kisah la apa2 pon, janji jangan kata kata kurang senonoh sudah la. Takmo2, nanti mak babap..


Aku bahasakan diri 'AKU' dalam blog ni pon sebab aku rasa aku selesa. Jangan la korang ingat aku tak sopan pulak tau. Aku sangat sopan..........Uweksss,,, Cuma mungkin lebih mesra. Eh iye ke..

Ini umah embah aku.  Tak ade kaitan pon ngn entry ni. Tapi disebabkan  takde bende yang berkaitan nak ditepek,  aku tepek je la untuk jadi tatapan..haha ..saja penyeri entry.
Okay2, berbalik kepada story yang aku nak cerita. Dekat atas tu baru mukadimah je. Penyedap cerita. Oh, sedap ke penulisan cerita aku ni..Huhu..Dulu time kecik kecik, bapak aku sangat2 marah kalau anak2 die mengeluarkan bahasa2 yang tak elok. Mestila mak ayah marah kan. Sapa pulak tak marah. Biasalah budak budak, suka sangat mengikut ngikut kawan. Ada je benda yang nak di ikut. Memang pengaruh rakan sebaya betul..haha

Teringat adik aku dulu time kecik2 lagi kena marah dengan bapak aku sebab guna bahasa diri 'AKU'.
Conversation antara adik aku dan ayah aku:

Adik: Mak, aku nak makan. Lapar la.

Abah: Haish, apa cakap aku. Sapa ajar cakap aku ni?

Adik: Kenapa?

Abah: Mana boleh cakap aku. Tak baik.

Adik: Salah ke?

Abah: salah la. Lepas ni abah dengar lagi cakap aku siap la.

Adik: Kenapa tak baik pulak. Selalu tu kat sekolah cakap "Aku naik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah " Boleh je.

Abah: =,=

Cerita diedit2 sikit sebab time tu aku kecik lagi. Tak berapa ingat dialog yang betul. Banyak sangat makan jeruk ngn kari kepala ikan. Tu lupa tuh.
Apa pon, nak marah si adik tu terus tak jadi. macam macam..haha..


p/s: esok tuan tanah nak pergi berjalan2...weeeeeeeeeeeeeeeeeeee...Nak pegi refresh otak dekat cameron..^___^..nanti tuan tanah bawak balik strawberri eh..tapi tuan tanah makan la dulu ye..heeeeee...

Thursday, 24 January 2013

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Pelupa

Assalamualaikum

Salam maulidur rasul~~

Tadi bukak facebook, keje aku scroll je la home page tu sampai busan. Orang duk sibuk update status. Aku pulak, PENYAKIT MALU nak update status belum ada ubat lagi. Haha. Jadinya keje aku baca je status orang kat home tu. Agak2 menarik aku LIKE, agak2 yang tak menarik, yang aku rasa macam tak payah tulis pon tak ape kot, aku UNLIKE. Eh, sejak bile button unlike ada dekat facebook..Huhu

Terjumpa la satu artikel yang mengatakan ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kita jadi pelupa. Bahaya okay penyakit pelupa ni. Lagi lagi kita ni yang masih muda, sihat, bertenaga, cergas, okay stop!
Time time macam ni la kite kena guna banyak daya ingatan. Kalau cepat lupa kan susah. Jadi la macam aku, sebelum exam beria ria menghafal, ingat ni dari A sampai Z , susun dalam otak siap ade folder lagi ikut chapter (okay tipu), tapi bile bukak je kertas soalan, automatik otak blank. Berterabur jawapan dalam otak. Lupa apa yang dah aku hafal.
+___+

gambar pinjam pakcik google

So. ini adalah beberapa makanan yang patut dielakkan selagi yang boleh:

1. Banyak makan epal yang sudah masam

2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah - buahan

3. Banyak makan bawang besar

4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering

5. Memakan kepala ikan

6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan

7. Makan sehingga terlalu kenyang

8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus

9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah

10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam

11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet.Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food).Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh mengumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.

Hummmm,, aku sangat suka makan asam ngn jeruk buah buahan. Kepala Ikan pon suka jugak. Pekena kari kepala ikan , boleh bertambah la nasi. Patutla aku cepat lupa. Lepas ni kena cuba kurangkan..Hihihi
Tak nak la muda muda dah ada penyakit pelupa.

gambar pakcik google

sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura