Wednesday 20 February 2013

Percuma baucar RM50 dengan belanja sebanyak RM250 BB1M di Popular

Assalamualaikum

Sekarang ni orang semua dok sibuk dapat Baucer Buku 1 Malaysia. Tapi bilalah aku nak dapat2 ni.
Tangan aku seriusly dah gatal2 dah ni mau shopping maaa. Walaupun bukan lah boleh shopping handbag, kasut, baju yang menjadi kesukaan aku, tapi bersyukurlah ada orang memberi. RM25O, seriously banyak kot, beli lah buku ye Nur Azee. Tapi jap, buku apa yang aku nak beli. Novel pon dikira buku jugak kan..wink wink..

Jom la pakat ramai ramai shopping dekat popular. Boleh dapat baucar bernilai RM50 dan 1 tahun kad popular percuma dengan perbelanjaan sebanyak RM25O BB1M. 



Habiskan kesemua baucar tu dekat popular, n dapat lagi 50 inggit. So, the total yang korang boleh shopping dekat popular RM3OO.
WOW, boleh tak kalau aku nak bawak lori, sebab aku nak borong satu popular.
Boleh la aku beli kat pak aku , mak aku, adik kakak aku sekali..haahahaha

maklumat lanjut boleh la tengok page popular



Tuesday 19 February 2013

Benda yang Selalu Hilang!

Assalamualaikum..

Penat betul lah tunggu mengloading je. Berukband Yes dah habis data. Slow mlow la jalan macam siput baby hilang cengkerang. Jap, Nak tanya. Sape kat sini same macam aku guna berukband Yes ni?? Angkat tangan tinggi2. Memang berukband ni cepat habis kuota ke. Ataupun data gb aku langgan kecik je, 1.5 GB. Lepas ni aku nak langgan 1O GB lah. Hamboiiii,, banyak duit mung ni azee.

Okay back to the topic. Kalau korang, apa dia yang benda korang karap sangat mencari dalam hidup ni..hihhi..
Tapi,kalau bagi aku banyak jugak yang aku selalu kene mencari sebab ntah mane2 lah aku letak..
sebagai contoh:


1. Spek Mata


sumber google

Benda yang selalu sangat kena cari, terutamanya lepas habis mandi. Menggagau cari. Kadang berminit2 lah mencarinya nya. Dengan tahap rabun aku yang agak kuat ni, macam mana nak jumpa kan kalau dah x nampak. Terpaksa mengecikkan mata aku dan mula memfokus sehabis boleh.
Sesiapa yang pemakai spek tu mesti dah rasakan STRESS nya nak cari spek.
+____+

2.Getah Rambut

Salah satu bende jugak yang aku rasa ade kaki. Cuba korang cek letak bawah microsope yang paling kuat sekali siap letak oil immersion tu, aku percaya mesti ade beribu ribu kaki sedang bergerak nak meloloskan diri. *merepek. Dan oleh sebab itu, aku telah mengorbankan rambut aku dengan memotong pendek. Jadi tiada masalah getah rambut hilang lagi.

sumber google
Habis x leh nak feeling2 iklan rejoice dah.

3. Sikat

Time kecik2, mak aku siap ikat dengan tali lagi sikat ni dekat dinding. Biasa la, dapat anak macam aku, sikat rambut depan tv, tinggal je kat situ. Sikat rambut kat beranda tinggal je kat situ. Kaya kilang sikat kalau semua pengguna macam aku. Sekarang ni pon, kalau pagi2 nak g kelas aku x jumpe sikat aku, guna jari pon boleh,,, tipu sebab aku buat x boleh2 pon..

4. Kerongsang

Ini kalau beli satu papan pon habes, kalau beli dua papan pon habis. Ntah2 aku ade sindrom mengigau makan kerongsang kot. Jadi aku guna alternatif lain. Tak beli dah kerongsang yang kecik2 singgit satu tu. Murah!! Wah, berlagak. Sekarang pakai kerongsang yang besar, mahal2. Baru la terjaga rapi. Hehehe

5. Kunci

Kalau kat umah, nak guna moto ke, guna kereta ke mesti ayat yang paling famous akan keluar ddari mulut    " kunci mana kunci" Kalau boleh, satu rumah nak geledah, bawah sofa, belakang tv, bawah katil, almari, dalam periuk nasi, okay over la tuh..

Boleh tak kalau aku nak bagi cadangan , disebabkan teknologi kita dah makin canggih sekarang, apa kata buat barang2 yang boleh di miss call. Macam telefon,miss call je, dah tau dekat mana tersorok..HUHUHU


Thursday 7 February 2013

Segmen Menang RM 200 by Putry Mirah



Assalamualaikum.
Hola Holi Holuuu~~

Serius dah lama x join segmen2 nih
Bila ada mood, time tuh la duk mencari je segmen yang nak dijoin.
Terjumpa la satu segmen ni yang sangat interesting
Simple sangat nak join
Tapi hadiah,
WOWWWW!!
awesome okeh..
RM2OO ringgit, sapa yang x nak..
Boleh makan pizza selama seminggu ni.
Okey, keje asyik nak makan jep, macam mana la nak buang lemaik..Haish..+____+

Meh la pakat ramai2 join, serius simple. X rugi pon
Sapa nak join boleh KLIK BANNER yang super duper comel tuh..
^_____^


Sunday 3 February 2013

Never Be Replaced-First Lady



sumber youtube

something crossed my mind
just a piece of memory

btw, love this song
Comel sangat
^__^

Saturday 2 February 2013

Review Drama City Hunter

At last, dalam masa 2 hari aku berjaya menghabiskan satu drama korea.
Sebenarnya dah lama cerita CITY HUNTER 2O episodes ni ada dalam laptop aku, tapi mood untuk tengok tak ade lagi.
So, biarlah dia bersarang sampai buat sarang labah labah dekat dalam laptop aku pon takpe.
Bila datang mood, baru lah aku tengok.

Seriuously cerita ni sangat best.
tambah tambah pulak LEE MIN HO, my hero pujaan hati berlakon.
wink wink
melting melting....^__^
Sape rasa die hensem angkat tangan....
pinjam pakcik google

pinjam pakcik google

Cerita ini berunsurkan action, suspense and romance.

Lee Min Ho memegang watak sebagai Lee Yoon Sung telah diculik dari maknya semasa bayi dan dibesarkan oleh ayah angkatnya, Jin Pyo di pergunungan Thailand. Jin Pyo hendak membalas dendam terhadap 5 orang ahli politik yang telah menyebabkan 2O orang askar terbunuh oleh pasukan sendiri semasa menjalankan misi 28 tahun yang lalu. Dan salah seorang dari 2O orang askar yang terbunuh adalah ayah Yoon Sung. Oleh itu, Jin Pyo telah mendidik Yoon Sung berlawan dan bermain senjata supaya dapat membalas dendam atas kematian bapanya. Yoon Sung telah dihantar untuk menjadi team IT Blue House di korea supaya mudah untuknya mencari maklumat mengenai 5 ahli politik tersebut dan dapat melunaskan dendamnya. Tetapi, akhirnya telah jatuh cinta terhadap salah seorang pengawal peribadi Blue House, Kim Na Na dan sekaligus telah meletakkan orang sekeliling yang disayang berada dalam bahaya apabila dia dan ayah angkatnya mula berlainan pendapat.


Overal aku rasa cerita ni best.......... Cerita ni dah lama dah tak silap aku. Sapa2 yang belum tengok lagi, try la tengok..Lepas ni nak tengok cerita faith pulak, cerita terbaru lee min ho berlakon..hehe..Semua cerita dia berlakon aku dah tengok dah..^___^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright 2013 © Azee Hana,Design by Izza Sakura